TINDAKAN klon atau menghasilkan kenderaan hampir sama dengan model popular bukan cerita asing jika membabitkan pengeluar dari China.
Terbaharu, muncul pengeluar di negara tersebut meniru kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota dalam skala mini, iaitu Toyota Land Cruiser LC300.
BACA >>> Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6
BACA >>> Pembeli Land Cruiser 300 (2022) Tidak Boleh Jual Semula dalam Masa Setahun
Beberapa fotoLand Cruiser LC300 versi mini itu tular di media sosial Weibo, dan tidak banyak maklumat didedahkan, cuma imej belakang tertera nama Kuluze.
Rupa depan mirip Land Cruiser LC300 (foto atas ialah model sebenar Toyota), cuma saiz lebih kecil. Antara persamaan lain ialah lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) dan gril besar berserta jalur perak horizontal.
Profil sisi agak pelik kerana SUV itu nampak hampir sama tinggi dengan model tulen Land Cruiser tetapi menggunakan roda lebih kecil. Rupa belakang juga menggunakan set lampu mirip LC300 dengan difuser dan ekzos palsu.
BACA >>> Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi
BACA >>> Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) - Edisi Khas Rai 60 Tahun Atas Planet Bumi
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply