Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Kongsi Strategi Pasaran Asia untuk Penuhi Kepelbagaian Pasaran
Auto Terkini

Toyota Kongsi Strategi Pasaran Asia untuk Penuhi Kepelbagaian Pasaran

Abang HirataBy Abang Hirata30/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN automotif Asia mempunyai kepelbagaian cita rasa dan keperluan berbeza. Model yang laris di sesebuah negara tidak semestinya diterima baik di negara lain.

Pada Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 yang berlangsung di Tokyo, Toyota berkongsi hala tuju pengeluar itu dengan wawasan ‘Mobiliti Masa Depan untuk Asia’ (Future Mobility for Asia).

Sempena pameran itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Pameran Motor Tokyo (TMS), Toyota membawa tema ‘Let’s Change the Future of Cars! – Find Your Future’ dengan membawa semangat ‘Warisan dan Evolusi’ (Inheritance and Evolution).

Di bawah ‘Warisan’ (Inheritance), Toyota akan terus menjadi pengeluar yang berusaha menghasilkan Produk Terbaik (Product Centered) yang memenuhi keperluan setiap pasaran (region based).

Pada masa sama, Toyota akan terus berkembang (evolve) menjadi syarikat mobiliti tulen melalui pelbagai pilihan ke arah geutraliti karbon (carbon neutrality) dan meluaskan nilai mobiliti (value of mobility).

Melalui tema ‘Carbon Neutrality’ dan ‘Expanding the Value of Mobility’, Toyota membangunkan Konsep Mobiliti Toyota (Toyota Mobility Concept) yang merangkumi Elektrifikasi, Kepelbagaian dan Kecerdasan (Electrification, Diversification and Intelligence) sebagai teras utama.

1. Elektrifikasi (Electrification)

Toyota kekal komited melalui pendekatan pelbagai cara (multi-pathway approach) dengan penyesuaian elektrifikasi mengikut keperluan spesifik pelanggan dan rantau pasaran.

Di Asia di mana kepelbagaian faktor mempengaruhi perjalanan ke arah Carbon Neutrality, Toyota mengambil kira faktor ekonomi, tenaga, infrastruktur dan keperluan penggunaan bagi menawarkan pendekatan yang menyeluruh.

Toyota mahu menawarkan pelbagai kenderaan elektrifikasi dan kenderaan dengan tenaga alternatif bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan.

2. Kepelbagaian (Diversification)

Asia terdiri daripada rantau yang pelbagai dan kepelbagaian adalah penting bagi memenuhi pelbagai jenis pelanggan peringkat rendah hingga tinggi, dan kenderaan penumpang hingga kenderaan komersial.

Di Asia, projek IMV (Innovative International Multipurpose Vehicle) seperti Hilux dan Innova adalah contoh Toyota memenuhi kepelbagaian rantau pasaran.

Sejak dilancar pada 2004, produk IMV memenuhi keperluan mobiliti sama ada pelanggan persendirian atau perniagaan.

Produk IMV juga menyumbang kepada pekerjaan, pembangunan rantai bekalan atau eksport. Kesannya juga dapat dilihat kepada kualiti hidup rakyat yang turut menyumbang kepada objektif nasional sejumlah negara.

Toyota sedang merancang IMV 0 yang direka untuk pelanggan pendapatan rendah dengan tahap kustomisabiliti (customizability) lebih tinggi yang meningkatkan akses kepada mobiliti dan meningkatkan taraf hidup pelanggan pelbagai segmen.

Selain itu, Toyota juga meneroka solusi mobiliti alternatif (alternative mobility solutions) dengan turut melibatkan golongan kelainan upaya fizikal dan kebolehan (OKU), termasuk warga emas.

Toyota mahu menghasilkan mobiliti tanpa mengetepikan golongan tertentu (leave no one behind) dengan menyediakan pilihan optimum kepada semua kumpulan pelanggan (mobility for all).

3. Kecerdasan (Intelligence)

Kecerdasan yang dibolehkan teknologi terhubung dan berasaskan data (connected technologies and data driven solutions) memainkan peranan kritikal dalam sinergi mobiliti dan infrastruktur (synergy of mobility and infrastructure).

Toyota sedang mempertingkat solusi terhubung untuk menjadikan kehidupan pelanggan individu dan perniagaan lebih mudah dengan menawarkan penyelesaian seperti panduan tingkah laku pemandu, pengesanan kecurian dan pengoptimuman laluan.

Solusi itu boleh disepadukan dengan infrastruktur seperti grid tenaga untuk kenderaan elektrifikasi atau mengoptimum infrastruktur awam seperti lampu isyarat.

Toyota mengakui pengangkutan cekap, terutama kenderaan komersial dapat menyumbang kepada pengurangan emisi besar.

Ekosistem Bersepadu (Integrated ecosystem)

Akhir sekali, ketiga-tiga elemen di atas perlu disatukan sebagai ekosistem bersepadu untuk neutraliti karbon dan nilai kepada wang.

Di Thailand, Toyota memulakan projek percubaan ‘Impian Thai’ (Thai Dream) bersama Teknologi Perkongsian Japun Komersial (Commercial Japan Partnership Technology, CJPT) seperti Isuzu dan Hino yang mensasarkan bersinergi dengan infrastruktur, kenderaan elektrifikasi, data dan infrastruktur teknologi maklumat melalui kerjasama dengan syarikat seperti CP, SCG.


Solusi sama dengan menyepadukan elekrtifikasi, kepelbagaian dan kecerdasan sedang dipertimbang untuk pasaran lain.

Toyota sebenarnya sudah lama berada dalam bidang elektrifikasi dengan membangunkan banyak teknologi seperti hibrid elektrik (HEV) dan kenderaan sel bahan api elektrik (FCEV).

Toyota juga sudah menawarkan pelbagai penyelesaian pengangkutan seperti projek IMV dan kini IMVo.

Bagi membawa Konsep Mobilit Toyota ke aras lebih tinggi, Toyota perlu menyepadukan elektrifikasi, kepelbagaian dan kecerdasan bagi mencapai Neutraliti Karbon dan menawarkan Nilai untuk Mobiliti.

Toyota juga sedar usaha tersebut tidak boleh dilakukan sendirian. Justeru semua orang diajak turut serta dalam perjalanan itu.

BACA >>> Toyota Tidak Mampu Buat EV Versi CKD Setiap Negara, Tapi Akan Guna Kelebihan Asean
BACA >>> Toyota GR86 RZ 40th Anniversary Limited (2024) Edisi JDM Ada 200 Unit Sahaja, Harga Mula RM120k
BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!
BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Auto Terkini JMS 2023 neutral karbon Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 Toyota Toyota Mobility Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.