Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota, JAXA Jalin Kerjasama Bangunkan Kenderaan Rover untuk Projek Teroka Bulan
Auto Terkini

Toyota, JAXA Jalin Kerjasama Bangunkan Kenderaan Rover untuk Projek Teroka Bulan

Han OthmanBy Han Othman14/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGENSI Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) bersetuju menimbangkan kemungkinan berkolaborasi dalam projek penerokaan angkasa antarabangsa. Sebagai langkah pertama, JAXA dan Toyota mencapai persetujuan untuk melanjutkan kerjasama dan memperhebatkan kajian sedia ada mengenai pembangunan kenderaan rover bertekanan kendalian manusia (manned, pressurized rover) yang dijana teknologi sel bahan api kenderaan elektrik (EV).

Bentuk mobiliti baharu itu dilihat inovasi terbaik yang diperlukan untuk aktiviti penerokaan manusia di permukaan bulan. Walaupun sokongan sumber tenaga terhad, rover bertekanan itu mampu bergerak sejauh lebih 10,000km atas permukaan bulan.

BACA >>> Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

DIJANGKA SIAP 2030

Naib Presiden JAXA, Koichi Wakata berkata, rover bertekanan kendalian manusia itu akan menjadi elemen penting dalam penerokaan manusia di bulan, dan akan direalisasikan menjelang 2030. Malah, JAXA merancang menerbangkan rover itu ke angkasa pada 2029.

Graviti bulan ialah satu per enam daripada bumi. Bulan juga memiliki rupa bumi rumit dengan kawah, cenuram dan bukit-bukau. Ia turut terdedah kepada radiasi dan keadaan suhu yang sangat teruk berbanding Bumi, serta suasana vakum ultra-tinggi.

BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020

Bagi meluaskan penerokaan manusia di bulan, adalah satu kemestian untuk menghasilkan rover bertekanan yang mampu bergerak lebih 10,000km dalam suasana  seperti dinyatakan. Justeru, model konsep ‘mobiliti angkasa’ jelas memenuhi keperluan misi tersebut. Malah, Toyota dan JAXA sudah menjalankan penyelidikan bersama mengenai kenderaan rover bertekanan kendalian manusia itu sejak Mei 2018

TAHAN LASAK, TEKNOLOGI SEL BAHAN API TERMAJU

Sementara itu, Presiden Toyota, Akio Toyoda tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya mengenai projek rover bulan JAXA, dan harapan kini diletakkan kepada aspek ketahanan dan prestasi pemanduan kenderaan Toyota, termasuk teknologi sel bahan api.

Naib Presiden Toyota, Shigeki Terashi pula berkata, sebagai seorang jurutera, tiada apa lebih menggembirakan selain dapat bersama dalam projek seperti itu yang melibatkan aspek pembuatan kereta, dan teknologi berkaitan EV Toyota, seperti bateri sel bahan api serta teknologi lain seperti pemanduan autonomi dan pandu sendiri.

Berdasarkan cadangan konsep, rover bertekanan kendalian manusia itu akan memiliki karakteristik seperti berikut:

  • Panjang: 6.0 meter
  • Lebar: 5.2 meter
  • Tinggi: 3.8 meter (kira-kira saiz dua bas mikro/mini)
  • Ruang bebas: 13 meter
  • Mampu memuatkan dua orang (atau empat orang jika kecemasan)
GALERI

SUMBER: Carmudi

Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) Akio Toyoda Auto Terkini JAXA Koichi Wakata Rover Bertekanan Rover Bulan Shigeki Terashi Toyota Toyota Motor Corporation
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Auto Terkini

Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.