• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Innova (2021) yang Lebih Moden, Trendy Buka Tempahan, Harga Mula RM111k

Toyota Innova (2021) yang Lebih Moden, Trendy Buka Tempahan, Harga Mula RM111k

January 5, 2021 By AO Leave a Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN Toyota Fortuner (2021), UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) turut membuka tempahan Toyota Innova (2021) dengan mengemas kini gaya dan ciri keselamatan sebagai standard.

Innova (2021) ditawarkan dalam tiga varian dengan harga seperti berikut:

  • Innova 2.0X - daripada RM129,677
  • Innova 2.0G - daripada RM121,483
  • Innova 2.0 E - daripada RM111,622

Ada enam warna pilihan, iaitu Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II dan Bronze Mica Metallic (warna baharu). Varian premium, Innova 2.0X, pula  diberikan tambahan warna Crimson Spark Red Metallic.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Lexus
BACA >>> 10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan tertakluk terma dan syarat. Tempahan kini boleh dibuat di semua bilik pameran Toyota seluruh negara atau secara atas talian di build.toyota.com.my. Lokasi semua bilik pameran boleh layari di www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-TOYOTA (869682).

 

Berikut kemas kini ditampilkan Innova (2021):

Luaran

  • Tampil sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) gaya crossover dengan ruang dalaman fleksibel.
  • Bahagian depan lebih kemas dan bersih dengan tema kemasan hitam dan krom pada gril. Perumah cermin sisi dikromkan, lengkap dengan lampu signal (Innova 2.0X dan Innova 2.0G).
  • Bahagian lampu kabus direka baru untuk imej lebih menyerlah.
  • Varian paling premium, Innova 2.0X mendapat gaya baharu eksklusif seperti pelapik plastik pada gerbang roda untuk imej lasak, dan bawah sisi pintu, serta ditawarkan opsyen aksesori skirt sisi sporty.
  • Rim aloi 17 inci kini dalam warna Dark Mica Metallic berbanding hitam biasa, rim Innova 2.0G (barian pertengahan) pula direka baharu lebih dinamik.
  • Kemasan pintu belakang direka baharu, manakala landasan bumbung (hanya Innova 2.0X) diberikan profil baru supaya lebih aerodinamik.

Dalaman

  • Menampilkan unit infotainmen skrin sentuh kapasitif 9 inci yang lebih besar.
  • Dilengkapkan ciri Monitor Paparan Panoramik (PVM) sebagai ciri standard untuk Innova 2.0X dan Innova 2.0G. Paparan PVM ditukar daripada 2D kepada 3D untuk pandangan lebih jelas.
  • Tambahan port USB pengecas, iaitu dua di depan (papan pemuka, sebelum ini konsol tengah), dan tambahan di tempat duduk baris kedua dan ketiga. Semua port bercirikan pengecasan pantas untuk peranti yang serasi.
  • Pembeli juga ditawarkan pengecas wayarles di konsol tengah sebagai opsyen.

Ciri Keselamatan

  • Ada ciri Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) untuk Innova 2.0X dan 2.0G.
  • BSM berfungsi mengimbas ruang titik buta di sisi kereta dan mengeluarkan amaran lampu kepada pemandu jika ada kenderaan lain. RCTA pula berfungsi mengesan kehadiran kenderaan lain ketika mengundurkan kenderaan.
  • Semua varian Innova (2021) mendapat rating 5-bintang Asean NCAP.
  • Semua varian dibekalkan tujuh beg udara SRS.
  • Semua penumpang di tempat duduk baris ketiga mempunyai tali keledar 3- poin dengan ciri retrak automatik.
  • Semua varian turut dilengkapkan ciri:
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
    • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Traksi (TRC)
    • Signal Henti Kecemasan (ESS)
    • Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
  • Disediakan ciri Sistem Telematik Kenderaan (VTS) Toyota yang berfungsi mengesan pergerakan kenderaan menggunakan teknologi GPS dan GSM. Jika berlaku kecurian kereta, Pusat Arahan VTS dapat mengesan lokasi kenderaan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota Innova, Toyota Innova (2021), Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT), UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my