Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Hiace Dark Prime S 2025 Jepun, Rai Ulang Tahun Ke-20, Harga RM123k dan RM132k
Roda4

Toyota Hiace Dark Prime S 2025 Jepun, Rai Ulang Tahun Ke-20, Harga RM123k dan RM132k

Abang HirataBy Abang Hirata10/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Hiace generasi kelima (H200) mula dikeluarkan pada 2004 dan dijual serata dunia. Hiace generasi kelima juga dijenamakan semula pengeluar lain dari Jepun.

Walaupun Toyota sudah menawarkan Hiace baharu sejak 2019, Hiace generasi kelima tetap dijual. Bukan saja untuk perniagaan, Hiace turut dijadikan objek ubah suai dan ada peminat tersendiri.

Terbaharu Toyota memperkenalkan Hiace Dark Prime S buat pelanggan di Jepun sempena meraikan ulang tahun ke-20 siri Hiace 200.

Luaran nampak biasa, tetapi berbeza pada bahagian dalaman dengan kemasan karbon. Satu lagi perbezaan ialah absorber khas yang menurut Toyota untuk pemanduan lebih lancar dan selesa. Hiace Dark Prime S dijana enjin 2.8L diesel turbo yang menghasilkan output kuasa 158ps (155hp) dan tork 330Nm.

SPESIFIKASI TOYOTA HIACE DARK PRIME S 2025

Trenkuasa

  • Dijana enjin 1GD-FTV 2.8L diesel turbo
  • Output kuasa 158ps @ 3,400 rpm
  • Tork 330Nm @ 1,200-3,200rpm

Dalaman

  • Tema gelap dan sporty.
  • Trim karbon pada panel corong penyaman udara dan unit infotainment, bucu bawah stereng dengan balutan kulit, tombol gear, panel suis pada pintu.
  • Kerusi dengan balutan tricot dan kulit tiruan kelabu gelap dan corak karbon. Jahitan berganda. Logo S pada kerusi depan.
  • Trim perak gelap pada panel suis stereng, panel gear, panel suis penyaman udara.
  • Balutan bumbung dan pilar hitam.
  • Logo Hiace menyala pada panel pemijak kaki pintu gelangsar.
  • Pelapik sil pintu dengan logo 20th Anniversary 200 series (pilihan pembelian).
  • Fob kunci dengan logo S.

Luaran

  • Lampu besar LED warna kelabu cerah (clear smoke).
  • Panel gril depan dan kemasan pintu belakang platinum satin.
  • Logo S pada pintu belakang.
  • Pilihan warna White Pearl Crystal Shine (putih) dan Black Mica (hitam)

Ciri Keselamatan

  • Sistem Keselamatan Pra-Perlanggaran (PCS) – elak perlanggaran dengan pejalan kaki ketika siang, brek automatik.
  • Amaran Tukar Lorong (LDW).
  • Lampu Sulu Tinggi Automatik (HBA).
  • Beg udara dengan tali keledar prategang dan pengehad daya (pemandu dan penumpang sisi).
  • Amaran dan Peningat Tali Keledar (pemandu dan penumpang sisi).
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).
  • Kawalan Traksi (TCS).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD ) dan Bantuan Brek (BA).
  • Bantuan Kawalan Mula Daki (HSA).
  • Bantuan Brek Parkir  (APA) – objek statik depan dan belakang.

Harga

  • 2WD: 4,200,000 yen (RM122,850)
  • 4WD: 4,501,200 yen (RM131,685)

Selain modifikasi sendiri, pelanggan Jepun juga boleh membeli komponen khas sama ada daripada GR atau Modellista.

GR
  • Kit badan GR Aero Version I.
  • Lampu LED.
  • Madgad lumpur GR Mud.
  • Set rim aluminium GR 15 inci dan tayar.

  • Kit badan GR Aero Version II.
  • Set rim aluminium GR 15 inci dan tayar.

MODELLISTA
  • Set kit badan Aero Ver.1.
  • Lampu bampar.
  • Pelindung bonet.
  • Penutup krom cermin pandang bawah.
  • Rim aluminium 15 inci KOSEI Bearlock BISON hitam.
  • Muncung ekzos.

  • Set kit badan Aero Ver.2
  • Lampu bampar.
  • Pelindung bonet.
  • Penutup krom cermin pandang bawah.
  • Rim aluminium 15 inci KOSEI Bearlock BISON hitam dan kilat.
  • Muncung ekzos.
Toyota Hiace Dark Prime S 2025
Toyota Hiace GR Version I dan II 2025
Toyota Hiace Modellista Ver.I dan Ver.II 2025
Roda4 Toyota Toyota Hiace Toyota Hiace Dark Prime S
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.