• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Pusingan Ke-2 di MAEPS, Hujung Minggu Ini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Pusingan Ke-2 di MAEPS, Hujung Minggu Ini

October 20, 2018 By Abang GYL 2 Comments

FacebookTwitter

toyota gazoo racing 2018
TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge, siri perlumbaan jalanan pusingan kedua kini sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Perlumbaan itu, bakal tamat esok (21 Oktober 2018), turut diadakan serentak dengan Karnival TGR yang menjanjikan pelbagai keseronokan buat pengunjung yang hadir kerana berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Antara aktiviti menarik ialah pameran model terkini Toyota, sesi pandu uji, cabutan bertuah dan persembahan selebriti tempatan.

Malah, pengunjung boleh melihat lebih dekat lagi Toyota Rush yang baru saja diperkenalkan minggu lalu, termasuk memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Sama seperti saingan TGR musim lalu, semua pelumba menggunakan Toyota Vios sebagai jentera lumba dan dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Sporting (pelumba semi-profesional)
  • Super Sporting (profesional)
  • Promotional (selebriti)

JUMPA ARTIS KESAYANGAN ANDA

Antara selebriti yang mengambil bahagian bagi kategori Promotional TGR musim kedua ini ialah:

  • Janna Nick
  • Akim Ahmad
  • Diana Danielle
  • Aiman Tino
  • Khai Bahar
  • Nabila Razali
  • Wany Hasrita
  • Nabil Ahmad

Bagi kategori Promotional, Akim Ahmad mendahului dengan catatan 35 mata selepas memberikan persembahan mengagumkan pada dua perlumbaan pusingan pertama di Kuala Terengganu, diikuti Diana Danielle (24 mata), Wany Hasrita (17 mata) dan Janna Nick (16 mata).

Menurut Akim, berlumba dalam litar tidak semudah disangka kerana memerlukan tumpuan penuh dan juga stamina dari segi fizikal dan mental.

Jadi, jika anda ada kelapangan hujung minggu ini, ayuh ke MAEPS Serdang untuk menyaksikan perlumbaan mendebarkan selain berpeluang bertemu selebriti kesayangan anda.

BACA >>> Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2 Penuh Dramatik - Diana Danielle Juara Kategori Promotional

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2
Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-2

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aiman tino toyota gazoo racing, diana danielle toyota gazoo racing, janna nick toyota gazoo racing, lumba toyota vios, MAEPS, nabil ahmad toyota gazoo racing, TGR 2018, Toyota GAZOO Racing (TGR) Season 2, Toyota Gazoo Racing 2018, Toyota Gazoo Racing MAEPS, Vios Challenge, wany hasrita toyota gazoo racing

Comments

  1. Syariman Shariff says

    October 12, 2019 at 3:41 PM

    Dimana boleh saya perolehi baju kemeja Toyota Gazo o Racing yg dipakai oleh artis-artis @ duta Toyota?

    Reply
    • Abang GYL says

      October 12, 2019 at 6:02 PM

      Boleh turun sendiri ke festival nanti

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my