
TOYOTA Gazoo Racing (TGR) akhirnya mendedahkan dua model paling penting dalam barisan performance mereka, GR GT dan GR GT3 masing-masing masih dalam fasa prototaip, tetapi buat pertama kali dipamerkan kepada umum sebagai petanda hala tuju sebenar produk sport Toyota masa depan.
Kedua-dua model ini dibangunkan berasaskan tiga prinsip utama:
pusat graviti ultra rendah, berat minimum dengan kekuatan tinggi, dan fokus aerodinamik tahap perlumbaan.
GR GT - Kereta Sport Flagship Jalanan Dengan Jiwa Litar

GR GT ialah jentera sport baharu Toyota yang dibina sebagai road-legal race car, membawa falsafah “motorsport-bred” ke tahap lebih tinggi.
Antara ciri utama:
- Enjin 4.0L V8 twin-turbo + sistem hibrid (1 motor elektrik)
- Kuasa sasaran +650 PS, tork +850 Nm
- Rangka aluminium sepenuhnya, pertama dalam sejarah Toyota
- Transaxle belakang baharu + 8AT dengan wet clutch
- Pecutan dan respons dipertingkat menerusi motor-generator yang membantu ketika tukaran gear
- Top speed lebih 320 km/j

Toyota turut menetapkan 45:55 agihan berat, dirancang untuk lebih stabil dan lebih mudah dikendalikan pada had pemanduan.
Sebagai model flagship, GR GT digarap oleh satu pasukan yang merangkumi jurutera, pemandu profesional dan Master Driver Morizo (Akio Toyoda sendiri). Fokusnya mudah: kereta mesti memberi rasa “unity” antara pemandu dan mesin.
GR GT3 — Jentera FIA GT3 Untuk Pasukan & Pelanggan

Jika GR GT ialah asas, GR GT3 ialah versi penuh perlumbaan untuk kategori FIA GT3 segmen paling penting dalam customer racing global.
Ciri penting:
- Enjin V8 twin-turbo 4.0L yang banyak berkongsi komponen dengan GR GT
- Pakej aerodinamik dan casis direka untuk memenangi perlumbaan
- Direka agar kompetitif untuk pelumba profesional, tetapi mudah dipandu oleh gentleman drivers
- TGR juga membangunkan sistem sokongan pelanggan untuk pasukan yang mahu berlumba dengan GR GT3
- Pembangunan “LFA Spirit” + Teknologi Baharu Toyota
GR GT dan GR GT3 diibaratkan sebagai “penyambung warisan” Toyota 2000GT dan Lexus LFA, bukan sahaja dari sudut prestasi, tetapi juga pemindahan ilmu.
Pasukan pembangunan menggunakan:
- Driving simulator peringkat perlumbaan
- Ujian fizikal di Fuji Speedway, Nürburgring dan jalan awam
- Kaedah pembangunan songsang: aerodinamik ditentukan dahulu, reka bentuk datang kemudian
Teknologi terkini, termasuk:
- Rangka aluminium penuh
- Torque tube CFRP
- Suspensi double-wishbone penuh aluminium
- Sistem brek Brembo carbon-ceramic
- Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 khusus untuk GR GT
- Spesifikasi Utama GR GT (Prototaip)
- Panjang: 4,820 mm
- Lebar: 2,000 mm
- Tinggi: 1,195 mm
- Berat sasaran: ≤ 1,750 kg
- Kuasa: ≥ 650 PS
- Tork: ≥ 850 Nm
- Enjin: 4.0L V8 twin-turbo + motor elektrik
- Transmisi: 8AT baharu + LSD
- Tayar: 265/35R20 (depan), 325/30R20 (belakang)
- Top speed: > 320 km/j
Pelancaran Dijangka Sekitar 2027
Kedua-dua model masih dalam proses pembangunan intensif dan dijangka siap untuk pelancaran sekitar 2027, dengan lebih banyak perincian akan diumumkan secara berperingkat.






















Leave a Reply