Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Crown Z The 70th, Crown Z The Limited-Matte Metal 2025 Diperkenal untuk Pasaran Jepun
Roda4

Toyota Crown Z The 70th, Crown Z The Limited-Matte Metal 2025 Diperkenal untuk Pasaran Jepun

Abang HirataBy Abang Hirata26/05/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA mengumumkan pelancaran dua model sedan edisi khas Crown, iaitu Z The 70th, sebagai tribut ulang tahun Crown ke-70.

Pengguna di Jepun juga ditawarkan satu lagi edisi khas, iaitu Crown Z The Limited-Matte Metal, yang eksklusif untuk bilik pameran eksklusif The Crown.

Harga dan Pilihan Trenkuasa HEV, FCEV

Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025

Kedua-dua model sedan edisi khas itu ditawarkan dalam pilihan trenkuasa kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan sel bahan api (FCEV), yang dijadualkan mula dijual 2 Jun ini. Model edisi khas itu juga dirancang diperkenalkan berperingkat kepada siri Crown lain.

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal ditawarkan pada harga:

  •  HEV – 8,100,000 yen (RM239,270)
  • FCEV – 9,100,000 yen (RM270,440)

Toyota Crown Z The 70th pula ditawarkan pada harga:

  • HEV – 7,550,000 yen (RM224,380)
  • FCEV – 8,550,000 yen (RM254,100)

Toyota Crown Z The 70th – Tribut Ulang Tahun ke-70

Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025

Sebagai siri kedua sambutan ulang tahun ke-70 Crown, model edisi khas Z The 70th menonjolkan ciri seperti:

Rekabentuk Luaran Eksklusif

Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
  • Warna badan dwi-tona yang melambangkan ‘keharmonian dengan pemandangan Jepun’ yang ersedia sebagai pilihan pengeluar eksklusif model ini, iaitu Precious Metal x Precious White Pearl dan Precious Metal x Precious Black Pearl.
  • Rim aloi aluminium 20 inci dengan kemasan hitam kusam.
  • Pelekat sisi eksklusif dengan logo The 70th (pilihan pengeluar eksklusif).

Nota: Rim aloi aluminium 20 inci sama seperti model Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal.

Bahagian Dalaman Istimewa

Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
  • Warna dalaman khas Black Luster.
  • Tekstur kayu pada panel instrumen, konsol tengah, dan bahagian trim pintu dihitamkan.
  • Komponen eksklusif dengan logo The 70th termasuk tombol gear premium, panel instrumen dengan hiasan laser eksklusif, kunci eksklusif Crown, lampu projektor pintu dan sarung buku manual.

Nota: Warna dalaman khas Black Luster dan panel tekstur kayu yang dihitamkan adalah sama dengan model edisi khas Z The Limited-Matte Metal.

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal – Eksklusif Kedai The Crown

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025

Model edisi khas Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal ini dikhaskan sebagai produk eksklusif untuk kedai pakar Crown, THE CROWN.

Rekabentuk Luaran Eksklusif

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
  • Warna luaran eksklusif Matte Metal.
  • Rim aloi aluminium 20 inci dengan kemasan cat hitam kusam.
  • Lapisan permukaan khas TM Coat digunakan pada badan kereta untuk memudahkan penjagaan cat kusam.
  • Melibatkan lapisan nipis dan seragam, dan dihasilkan dengan kerja tangan mahir untuk antikotor dengan kesan penyingkiran kotoran yang tahan lama tanpa menjejaskan penampilan kusam.

Nota: Rim aloi aluminium 20 inci sama seperti model edisi khas Z The 70th.

Bahagian Dalaman Berkualiti Tinggi dan Selesa

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
  • Warna dalaman khas Black Luster.
  • Tekstur kayu pada panel instrumen, dan konsol tengah, manakala trim pintu dihitamkan.
  • Stereng dan tombol gear corak lubang.
  • Panel instrumen dengan kemasan laser eksklusif The Limited-Matte Metal.
  • Kunci eksklusif Crown dan sarung buku manual eksklusif Z The Limited-Matte Metal.

Nota: Warna dalaman khas Black Luster dan panel bertekstur kayu yang dihitamkan adalah sama dengan model edisi khas Z The 70th.

Spesifikasi dan Jarak Pemanduan

Toyota Crown 2.5L HEV

Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025

  • Enjin petrol 4-silinder sebaris dengan gerek 87.5mm dan lejang 103.4mm.
  • Sistem hibrid A25A-FXS 2,487 liter dengan sistem suntikan terus (DI) dan suntikan bahan api port (D-4S).
  • Output kuasa 185ps @ 6,000rpm, dan tork 225Nm @ 4,200-5,000rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 82 liter.
  • Motor segerak AC 40kW dengan output 132kW (180ps), dan tork 300Nm.
  • Bateri litium-ion 4.3Ah.
  • Transmisi hibrid multi-peringkat dengan nisbah pengurangan 3.615.

Toyota Crown FCEV

Toyota Crown Z The 70th 2025

  • Sistem FC (sel bahan api) FCB130, polimer pepejal dengan output 128kW (174ps), dan bilangan sel 330 dengan kaedah sambungan paralel.
  • Bahan api hidrogen bertekanan yang disimpan dalam tiga tangki tekanan tinggi dengan jumlah kapasiti 141 liter. Tekanan penggunaan nominal 70MPa.
  • Motor segerak magnet kekal (PMSM) AC dengan kuasa berterusan 48.0kW dengan output kuasa 134kW (182ps) @ 6,940rpm, dan tork 300Nm @ 0-3,267rpm.
  • Bateri Pacuan Utama: Bateri litium-ion dengan kapasiti 4.0Ah.
  • Transmisi hibrid multi-peringkat dengan nisbah pengurangan 11.691.
  • Jarak Pemanduan kira-kira 820km untuk setangki hidrogen penuh.
Toyota Crown Z The 70th
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The 70th 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Crown Z Roda4 Toyota Toyota Crown Toyota Crown Z THE 70th Toyota Crown Z The 70th 2025 Toyota Crown Z THE LIMITED-MATTE METAL Toyota Crown Z The Limited-Matte Metal 2025
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

02/02/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.