Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla 2025 Diperbaharui di Jepun, Kini Fokus Hibrid dengan Ciri Premium Sebagai Standard
Roda4

Toyota Corolla 2025 Diperbaharui di Jepun, Kini Fokus Hibrid dengan Ciri Premium Sebagai Standard

Abang HirataBy Abang Hirata12/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Jepun mengumumkan beberapa penambahbaikan penting untuk siri Corolla 2025 untuk pasaran Negara Matahari Terbit itu.

Toyota Corolla Sport dilancarkan pada 9 Mei 2025, manakala Corolla Touring dan Corolla sedan dijadual dilancarkan pada 19 Mei 2025. Penambahbaikan ini dirancang untuk meningkatkan daya tarikan produk di pasaran.

Fokus Hibrid 100%, Tidak ICE Semata-Mata

Toyota Corolla Jepun tidak lagi ditawarkan dalam enjin pembakaran dalaman (ICE) sahaja, sebaliknya semua varian kini dijana trenkuasa hibrid (HEV) dengan enjin 2ZR-FXE 1.8L yang dipadan motor elektrik kuasa tinggi dan transmisi automatik e-CVT.

Semua model Toyota Corolla 2025 dijana enjin sama:

  • Enjin: 4-lejang 4-silinder sebaris 2ZR-FXE 1,797cc
  • Output kuasa: 72kW (98ps) @ 5,200rpm, dan tork 142Nm @ 3,600rpm
  • Kapasiti tangki petrol: 43 liter
  • Bateri litium-ion 4.08Ah
  • Motor elektrik depan jenis segerak AC (1VM) dengan output kuasa 70kW (95ps), dan tork 185Nm
  • Motor elektrik belakang jenis segerak AC 1WM (E-Four sahaja) dengan output kuasa 30kW (41ps) dan tork 84Nm

Toyota Corolla Sport, Touring dan Sedan 2025 – Apa Perbezaan?

Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G’Z’
Toyota Corolla Sport G 'Z' 2025 Jepun
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD

Toyota menyusun Corolla 2025 kepada beberapa varian mengikut pilihan dan keperluan pelanggan berbeza:

  • Corolla Sport (G’Z’, G, GX): Rekabentuk lebih agresif dan sporty.
  • Corolla Touring dan Corolla Sedan (WxB, G, X): Lebih praktikal dan seuai untuk keluarga.

1. Ciri Corolla Sport

  • G’Z’: Perakam Pemanduan Depan dan Monitor Panduan Belakang (dengan fungsi rakaman ringkas), kunci digital, pemanas stereng, Audio Display Plus
  • G: Monitor Titik Buta (BSM) + Bantuan Turun Selamat (SEA), Brek Sokongan Parkir Toyota (PKSB) – kenderaan hampiri belakang, dan lampu kabus depan LED

2. Ciri Corolla Touring dan Corolla

  • WxB: Perakam Pemanduan Depan (FDR) + Monitor Pandang Belakang (RVM), kunci digital, Audio Display Plus
  • G: Monitor Titik Buta (BSM) + Bantuan Turun Selamat (SEA), Brek Sokongan Parkir Toyota (PKSB) – kenderaan hampiri belakang), rim aluminium 16×7J dengan tayar 205/55 R16, dan lampu kabus depan LED

Sistem Pacuan (2WD atau E-Four)

  • Pacuan roda depan (2WD): Semua model Corolla (Sport, Touring, dan Corolla) ditawarkan dengan pacuan 2WD sebagai standard.
  • E-Four (pacuan semua roda elektrik): Sistem pacuan semua roda elektrik E-Four adalah pilihan untuk Corolla Touring dan Corolla Sedan. Corolla Sport tidak ditawarkan pilihan E-Four.

Toyota Corolla 2025 Kini Lebih Hijau, Premium

Dengan hanya satu jenis enjin hibrid merentas semua model, Toyota Corolla 2025 menegaskan komitmen terhadap mobiliti mampan tanpa mengorbankan ciri moden dan praktikal.

Ini ditambah pula dengan ciri canggih seperti kunci digital, BSM, PKSB, dan kemasan sporty yang meletakkan Corolla kekal relevan sebagai sedan pilihan rakyat Jepun.

Adakah Toyota Corolla 2025 versi Jepun ini akan masuk Malaysia? Buat masa ini belum disahkan, tetapi langkah Toyota ini mungkin memberi bayangan masa depan barisan Corolla global.

Toyota Corolla 2025
Toyota Corolla Sport G'Z'
Toyota Corolla Sport G’Z’
Toyota Corolla Sport G 'Z' 2025 Jepun
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla Touring WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD
Toyota Corolla WxB 2WD
Roda4 Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Sport Toyota Corolla Touring
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.