• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Camry Nightshade Edition 2026 dengan Tema Sporty dan Gaya Gelap di Amerika

Toyota Camry Nightshade Edition 2026 dengan Tema Sporty dan Gaya Gelap di Amerika

May 2, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Camry generasi ke-9 (XV80) yang diperkenal pada November 2023 di Amerika Syarikat (AS) sudah pun dilancarkan sejak Disember 2024.

Hanya enjin hibrid 2.5L , dan terbaharu ada varian baharu untuk pengguna di sana, iaitu Toyota Camry Nightshade Edition 2026 dengan tema lebih sporty dan kemasan gelap.

Toyota Camry SE AWD 2026
Toyota Camry SE AWD 2026

Dibina berasaskan varian Camry SE, Nightshade Edition menampilkan pelbagai elemen rekaan hitam berkilat dan prestasi pemanduan dipertingkat.

Enjin 2.5L dengan sistem hibrid generasi kelima (THS 5) menghasilkan 232hp bagi model pacuan semua roda (AWD).

Rekabentuk Luaran Serba Hitam Nightshade

Nightshade Edition
Nightshade Edition
  • Ditawarkan dalam tiga warna: Ice Cap (putih), Supersonic Red (merah), dan Midnight Black Metallic (hitam).
  • Aksen Midnight Black Metallic pada gril depan, tirai udara, canard sisi, hendal pintu, cermin sisi, antena sirip yu, difuser belakang, dan spoiler belakang.
Nightshade Edition
Nightshade Edition
  • Rim aloi 19 inci dengan kemasan hitam satin.
  • Lencana Toyota dan Camry dengan kemasan hitam kilat.

Nightshade Edition ditawarkan bersama varian LE, SE, XLE, dan XSE untuk lima pilihan buat pelanggan Camry. Semua lima pilihan Camry itu tersedia dalam dua pilihan pacuan, iaitu Pacuan Roda Depan (FWD) atau AWD.

Dengan penambahan Nightshade Edition, Toyota Camry 2026 menawarkan pilihan lebih bergaya dan sporty kepada mereka yang mencari sedan hibrid dengan penampilan menonjol dan prestasi dipercayai.

Sistem Hibrid Toyota yang Efisien

Enjin Toyora Camry 2026
  • Toyota Camry hanya ditawarkan dalam varian hibrid yang menggabungkan Sistem Hibrid Toyota (THS) Generasi Ke-5 (THS) dengan enjin 4-silinder 2.5L.
  • Bagi model FWD, output gabungan bersih ialah 225hp, manakala model AWD meningkat kepada 232hp.
  • Serentak pelancaran Camry pada 2024, THS ditala untuk memberikan rasa pecutan natural lebih lancar dengan kelajuan enjin. Ini dicapai dengan meningkatkan kuasa daripada bateri litium-ion untuk membantu menyekat kenaikan rev enjin ketika pecutan.
  • Camry juga dilengkapi transmisi eCVT yang ditala untuk memilih nisbah gear tepat mengikut input pendikit pemandu, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan cekap bahan api.

AWD Elektronik On-Demand

  • AWD elektronik on-demand tersedia untuk semua varian dan berfungsi sempurna bersama THS 5.
  • Sistem itu menggunakan motor elektrik di gandar belakang untuk menambah kuasa kepada AWD yang menjadikan output gabungan 232hp, iaitu 30hp lebih kuasa daripada generasi Camry terdahulu dengan AWD mekanikal.
  • Sistem itu membahagikan daya tork depan-belakang mengikut situasi pemanduan yang memastikan prestasi pecutan, pengendalian, dan kestabilan optimum.
  • Apabila jalan licin atau kehilangan cengkaman tayar dikesan, daya tork akan disalurkan ke roda belakang untuk meningkatkan daya tarikan dan kestabilan.

Pengalaman Pemanduan

  • Suspensi responsif dan pengendalian lincah memberikan keseronokan dalam perjalanan di jalan berliku.
  • Semua model menggunakan suspensi MacPherson depan yang ditala optimum dan suspensi multilink di belakang.
  • SE, Nightshade Edition, dan XSE dilengkapi suspensi lebih sporty, termasuk absorber depan dan belakang serta stabiliser depan lebih besar.
  • Sistem Brek Kawalan Elektronik (ECB) memberikan tekanan on-demand untuk kawalan dan fiil brek ideal.
  • Pemandu boleh menyesuaikan pengalaman pemanduan Camry dengan memilih mod pandu NORMAL, ECO, dan SPORT secara standard.

Gaya Menonjol

Toyota Camry XLE 2026
Toyota Camry XSE 2026
  • Toyota Camry generasi kesembilan menampilkan rekabentuk moden dan atletik dengan rupa depan berbentuk 'hammerhead' yang menjadi signatur Toyota.
  • Semua model dilengkapi lampu utama LED dan lampu siang (DRL).
Toyota Camry SE AWD 2026
Toyota Camry Nightshade Edition 2026
  • LE dan XLE menggunakan gril depan bar horizontal lebih halus, manakala SE dan XSE membawa gaya sporty dengan gril jejaring depan dan kemasan hitam pada badan.
  • Warna pilihan seperti Ocean Gem, Heavy Metal, Ice Cap, dan pelbagai lagi.
  • XSE menawarkan pilihan dwi-tona dengan bumbung Midnight Black Metallic untuk penampilan lebih menarik.

Dalaman

Nightshade Edition
Nightshade Edition
  • SE dan Nightshade Edition menampilkan kerusi SofTex aksen putih, manakala XSE menawarkan interior kulit corak shooting blade.
  • Kerusi depan dengan pemanas tersedia secara standard untuk XLE dan XSE, serta pilihan kerusi depan ventilasi pada beberapa varian.
  • Kabin XLE dan XSE lebih senyap dengan kaca lamina akustik di sisi depan untuk mengurangkan bunyi angin dan gangguan.

Teknologi Canggih

Kokpit Camry XSE
Kluster Instrumen Camry XSE
  • Kluster instrumen digital 7 inci, standard untuk LE, SE, dan Nightshade Edition, manakala XLE dan XSE dilengkapi dengan unit infotainmen digital 12.3 inci.
  • Sistem Multimedia Toyota Audio skrin sentuh 8 inci atau pilihan 12.3 inci, dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
Camry XSE
Camry XSE
  • Sistem ini dilengkapi pengecas wayarles Qi, lima port USB, dan sambungan Bluetooth berganda.
  • Pilihan muzik premium disediakan menerusi sistem audio JBL dengan sembilan pembesar suara pada XLE dan XSE.

Keselamatan

  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Keluar Selamat (SEA)

Toyota Safety Sense (TSS) 3.0

  • Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki (PCS w/PD)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng (LDA w/SA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Bantuan Tanda Jalan (RSA)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Bantuan Pandu Proaktif (PDA)

Toyota Camry 2026 dijangka tiba di pengedar Toyota pada musim luruh 2025 (sekitar September-November).

Toyota Camry Nightshade Edition 2026
Toyota Camry Nightshade Edition 2026
Toyota Camry Nightshade Edition 2026
toyota-camry-nightshade-edition-2026-1
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Nightshade Edition
Toyota Camry  2026
Toyota Camry SE AWD 2026
Toyota Camry SE AWD 2026
2026_Camry_SE_AWD_SupersonicRed_012-scaled
2026_Camry_SE_AWD_SupersonicRed_013-scaled
Toyota Camry SE AWD 2026
Toyota Camry SE AWD 2026
2026_Camry_XLE_AWD_OceanGem_009-scaled
Toyota Camry XLE 2026
Toyota Camry XLE 2026
2026_Camry_XLE_AWD_OceanGem_018-scaled
2026_Camry_XSE_AWD_HeavyMetalBlackRoof_003-scaled
2026_Camry_XSE_AWD_HeavyMetalBlackRoof_005-scaled
Toyota Camry XSE 2026
Toyota Camry XSE 2026
Kokpit Camry XSE
Kokpit Camry XSE
2026_Camry_XSE_CockpitRed_307-scaled
2026_Camry_XSE_CockpitRed_314-scaled
2026_Camry_XSE_CockpitRed_315-scaled
Kluster Instrumen Camry XSE
Kluster Instrumen Camry XSE
Camry XSE
Camry XSE
Camry XSE
Camry XSE
2026_Camry_XSE_CockpitRed_330-scaled
2026_Toyota_Camry_XSE_013-scaled
2026_Toyota-Camry_XSE_003-scaled
2026_Toyota-Camry_XSE_007-scaled
2026_Toyota-Camry_XSE_011-scaled

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Sedan, Sedan Kelas Pertengahan, sedan segmen-D, Toyota, Toyota Camry, Toyota Camry Nightshade Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev