TOYOTA Camry generasi kesembilan (XV80) yang diperkenal pada November 2023 di Amerika Syarikat (AS) sudah pun dilancarkan di dalam negara pada Disember 2024.
Hanya enjin hibrid 2.5 liter ditawarkan pada harga RM248,800. Di AS, ada varian baharu untuk pengguna di sana iaitu Camry Nightshade Edition 2026 dengan tema lebih sporty dan hiasan gelap.
Dibina berasaskan varian Camry SE, Nightshade Edition menampilkan pelbagai elemen rekaan hitam berkilat dan prestasi pemanduan yang ditingkatkan.
Enjin 2.5 liter dengan sistem hibrid generasi kelima (THS 5) menghasilkan 232 kuasa kuda (hp) bagi model pacuan semua roda.
Rekaan Luaran Serba Hitam Nightshade
- Ditawarkan dalam tiga warna: Ice Cap (putih), Supersonic Red (merah), dan Midnight Black Metallic (hitam).
- Aksen Midnight Black Metallic pada gril depan, tirai udara, canard sisi, pemegang pintu, penutup cermin sisi, antena sirip yu, diffuser belakang, dan spoiler belakang.
- Rim aloi 19 inci dengan kemasan hitam satin.
- Lencana Toyota dan Camry dengan kemasan hitam berkilat.
Nightshade Edition ditawarkan bersama varian LE, SE, XLE, dan XSE untuk lima pilihan buat pelanggan Camry.
Kesemua lima pilihan Camry ini tersedia dalam dua pilihan pacuan, iaitu Pacuan Roda Hadapan (FWD) atau Pacuan Semua Roda (AWD).
Dengan penambahan Nightshade Edition, Toyota Camry 2026 menawarkan pilihan yang lebih bergaya dan sporty bagi mereka yang mencari sedan hibrid dengan penampilan yang menonjol dan prestasi yang dipercayai.
Sistem Hibrid Toyota yang Efisien
- Toyota Camry hanya ditawarkan dalam varian hibrid, menggabungkan Sistem Hibrid Toyota Generasi Kelima (THS) dengan enjin 2.5-liter, 4-silinder.
- Untuk model pacuan roda hadapan (FWD), output gabungan bersih adalah 225 hp, manakala untuk model pacuan semua roda (AWD) meningkat kepada 232 hp.
- Serentak dengan pelancaran Camry pada 2024, THS ditala untuk memberikan rasa pecutan semula jadi yang lebih lancar dengan kelajuan enjin. Ini dicapai dengan meningkatkan kuasa dari bateri litium-ion untuk membantu menyekat kenaikan rev enjin semasa pecutan.
- Camry juga dilengkapi dengan eCVT yang ditala untuk memilih nisbah gear yang tepat mengikut input pendikit pemandu, menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan cekap bahan bakar.
Pacuan Semua Roda Elektronik On-Demand (AWD)
- AWD elektronik on-demand tersedia untuk semua varian dan berfungsi dengan sempurna bersama THS 5.
- Sistem ini menggunakan motor elektrik di gandar belakang untuk menambah kuasa kepada AWD, menjadikan output gabungan 232 kuasa kuda, iaitu 30 lebih kuasa daripada generasi Camry sebelumnya dengan AWD mekanikal.
- Sistem ini membahagikan daya ki;as depan-belakang mengikut keadaan pemanduan, memastikan prestasi pecutan, pengendalian, dan kestabilan yang optimal.
- Apabila jalan licin atau kehilangan cengkaman tayar dikesan, daya kilas disalurkan ke roda belakang untuk meningkatkan daya tarikan dan kestabilan.
Pengalaman Pemanduan
- Suspensi yang responsif dan pengendalian yang lincah memberikan keseronokan dalam perjalanan di jalan berliku.
- Semua model menggunakan suspensi MacPherson depan yang ditala secara optimal dan suspensi pelbagai pautan di belakang.
- SE, Nightshade Edition, dan XSE dilengkapi dengan suspensi yang lebih sporty, termasuk penyerap hentak depan dan belakang serta bar penstabil depan yang lebih besar.
- Sistem Brek Kawalan Elektronik (ECB) memberikan tekanan on-demand untuk kawalan dan rasa brek yang ideal.
- Pemandu boleh menyesuaikan pengalaman pemanduan Camry dengan memilih mod pemanduan NORMAL, ECO, dan SPORT secara standard.
Gaya Menonjol
- Camry generasi kesembilan menampilkan reka bentuk moden dan atletik dengan wajah depan berbentuk 'hammerhead' yang menjadi tandatangan Toyota.
- Semua model dilengkapi dengan lampu utama LED dan lampu siang.
- LE dan XLE menggunakan gril depan bar melintang yang lebih halus, manakala SE dan XSE membawa gaya sporti dengan gril berjaring depan dan kemasan hitam pada badan.
- Warna pilihan seperti Ocean Gem, Heavy Metal, Ice Cap, dan pelbagai lagi.
- XSE menawarkan pilihan dua-tona dengan bumbung Midnight Black Metallic untuk penampilan yang lebih menarik.
Dalaman
- SE dan Nightshade Edition menampilkan tempat duduk SofTex® dengan aksen putih, manakala XSE menawarkan interior kulit dengan corak "shooting blade".
- Tempat duduk hadapan dengan pemanas tersedia secara standard untuk XLE dan XSE, serta pilihan tempat duduk depan yang berventilasi pada beberapa trim.
- Kabin XLE dan XSE lebih senyap dengan kaca lamina akustik di sisi depan untuk mengurangkan bunyi angin dan gangguan.
Teknologi Canggih
- Meter 7 inci digital standard untuk LE, SE, dan Nightshade Edition, manakala XLE dan XSE dilengkapi dengan meter digital 12.3 inci.
- Sistem Multimedia Toyota Audio termasuk skrin sentuh 8 inci atau pilihan 12.3 inci, dengan sambungan Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar.
- Sistem ini dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar Qi, lima port USB, serta sambungan Bluetooth® berganda.
- Pilihan muzik premium disediakan dengan sistem audio JBL® sembilan pembesar suara pada XLE dan XSE.
Keselamatan
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Merentas Belakang (RCTA)
- Amaran Keluaran Selamat (SEA)
Toyota Safety Sense (TSS) 3.0
- Sistem Pra-Kemalangan dengan Pengesanan Pejalan Kaki (PCS w/PD)
- Kawalan Jelajah Julat Kelajuan Penuh Radar Dinamik (DRCC)
- Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng (LDA w/SA)
- Bantuan Menjejaki Lorong (LTA)
- Bantuan Tanda Jalan (RSA)
- Lampu Tinggi Automatik (AHB)
- Bantuan Pemanduan Proaktif (PDA)
Toyota Camry 2026 dijangka tiba di pengedar Toyota pada musim luruh 2025 (sekitar September hingga November).
Toyota Camry Nightshade Edition 2026:
Toyota Camry 2026:
Leave a Reply