Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota C-HR Plug-in Hybrid 220 2024 untuk Eropah dengan Sistem Hibrid Canggih
Roda4

Toyota C-HR Plug-in Hybrid 220 2024 untuk Eropah dengan Sistem Hibrid Canggih

Abang HirataBy Abang Hirata29/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA tahun lalu Toyota dikritik kerana menghasilkan kereta dengan rekabentuk biasa-biasa. Kritikan tersebut disambut positif dan diterjemah pada model Toyota hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berkotak seperti Alphard dan Vellfire pun hadir dengan muka depan menyerlah. Antara model generasi awal mewakili kebangkitan Toyota ialah C-HR yang diperkenal pada 2016 dengan tampil radikal dan masih menarik dilihat walaupun sudah bertahun di atas jalan.

Toyota C-HR jauh berbeza daripada Toyota lain dengan rekabentuk selamat. Rekabentuk radikal diteruskan pada C-HR generasi kedua yang diperkenal pada 2023.

Kali ini lebih unik dengan permukaan sisi bersegi dan fasia depan mirip kepala yu tukul. Gaya robotik C-HR baharu begitu menyerlah.

C-HR juga nampak menarik jika dijadikan kenderaan elektrik (EV), tetapi Toyota memilih kekal dengan enjin pembakaran dalaman yang dipadan komponen elektrik untuk dijadikan sebagai model hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

Bukan kerana degil tetapi strategi berbilang cara (multi-pathway) yang merangkumi trenkuasa hibrid, elektrik bateri (BEV) dan sel bahan api hidrogen (FCEV).

Buat pelanggan Eropah, Toyota memperkenal C-HR Plug-in Hybrid 220 2024 baharu. Sebagai PHEV, C-HR 220 boleh dipandu antara 97km dan 106km (WLTP EAER City/equivalent all-electric range) di dalam bandar atau jalan raya bandar. Ujian pemanduan dalam kitaran gabungan WLTP pula hingga 66km.

Ciri Canggih Toyota C-HR Plug-in Hybrid 220

  • Sistem Pemanduan Cekap Ramalan menggunakan data langsung (live data) dan maklumat daripada perjalanan sebelum bagi mengoptimum fungsi sistem PHEV secara automatik untuk kecekapan lebih baik.
  • Sistem menganalisis kondisi jalan dan trafik melalui navigasi awan dan menggabungkannya dengan laluan yang biasa digunakan pemandu dan gaya pemanduan.
  • Kereta akan menukar mod hibrid dan elektrik secara automatik bagi menambah jarak pemanduan elektrik di kawasan atau zon emisi rendah.

  • Jika berada dalam zon wajib BEV, sistem pagar-geo (geo-fencing) memastikan tenaga atau cas yang mencukupi untuk pemanduan dalam mod EV penuh.
  • Jika destinasi berada dalam zon emisi rendah, sistem secara automatik mengekalkan cas mencukupi untuk melengkapkan perjalanan dalam mod EV.
  • Sistem Bantuan Nyah Pecut Ramalan berfungsi mengurangkan kehilangan tenaga regeneratif dan membantu dalam meningkatkan penjimatan bahan api.
  • Menggunakan maklumat daripada perjalanan sebelum, data sistem navigasi mengenal pasti lokasi biasa untuk nyah pecut dan secara automatik meningkatkan daya brek enjin untuk meningkatkan pemulihan tenaga brek regeneratif.
  • Apabila kuasa tambahan diperlukan (lebuh raya, mendaki), sistem akan memilih mod hibrid bagi mengecas bateri sebagai persediaan untuk permintaan tinggi dan membantu dalam penggunaan bahan api yang cekap. Sistem akan menjadi lebih berkesan seiring jarak pemanduan lebih tinggi dan membolehkan penggunakan kuasa elektrik lebih cekap.
  • Ketika kereta dicas, sistem pemanasan bateri mengurangkan masa untuk pengecasan dan meningkatkan jarak pemanduan EV dalam cuaca sejuk.
  • Ketika dipandu, bateri disejukkan apabila diperlukan bagi mengoptimum prestasi dan jarak.
  • Sistem penyaman udara pam haba megurangkan kesan pada jarak pemanduan EV dengan menggunakan tenaga haba dari udara luar untuk memanaskan kabin.
  • Apabila tenaga bateri habis, kereta akan bertukar kepada mod hibrid secara automatik.

Sistem dan perkakasan canggih Toyota C-HR Plug-in Hybrid 220 merangkumi enjin 2.0L berkuasa 152hp, motor elektrik 120kW (163hp) pada gandar depan dan bateri Litium-ion 13.6kWj.

 

 

 

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Toyota C-HR Toyota C-HR Plug-in Hybrid 220
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.