Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota bZ Time Attack Concept, BEV Jadi Jentera Time Attack dan Hill Climb!
Auto Terkini

Toyota bZ Time Attack Concept, BEV Jadi Jentera Time Attack dan Hill Climb!

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota memperkenalkan bZ Time Attack, model konsep kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya yang dibina khas untuk SEMA 2025.

Jentera BEV ini direka secara khusus untuk litar time attack dan perlumbaan mendaki bukit (hill climb).

Direka untuk meneroka potensi prestasi teknologi BEV Toyota, bZ Time Attack dilengkapi aerodinamik dan sistem suspensi tahap perlumbaan, serta menampilkan peningkatan besar pada kuasa kuda elektriknya berbanding versi biasa.

bZ Time Attack dibangunkan dari bZ AWD Tahun Model 2026 (26MY). Model ini, dalam keadaan standard sudah pun menjana 338 kuasa kuda (hp) dan mampu memecut dari 0-96 km/j (0-60 mph) dalam hanya 4.9 saat.

Cabaran dan Fabrikasi Kejuruteraan

Walaupun Marty Schwerter, Ketua Pembina dan Pengarah operasi di Pusat Teknikal Sukan Permotoran Toyota dan pasukan Toyota Motorsports Garage telah bekerjasama dalam projek SEMA selama lebih dua dekad, bZ Time Attack ini menghadirkan beberapa cabaran unik.

Ini termasuk mengimbangi prestasi bateri dengan pengagihan berat dan mereka bentuk pakej badan lebar agresif serta aerodinamik yang sesuai untuk sukan permotoran.

Berbeza daripada binaan konvensional, mereka terpaksa memikirkan semula cara aerodinamik dan pemasangan (fitment) boleh dicapai pada platform EV, sambil membantu memberikan keselamatan dan ketahanan di bawah keadaan ekstrem.

Schwerter menambah: “Matlamatnya bukan sekadar untuk mencipta kereta untuk pameran, ia adalah untuk melihat sejauh mana platform bZ baharu boleh boleh diuji hadnya dalam suasana sukan permotoran. Itu bermakna kami terpaksa menangani dua halangan terbesar untuk mana-mana kereta lumba elektrik iaity prestasi bateri dan integrasi aerodinamik.”

Penyelesaiannya dicapai melalui pendekatan fabrikasi hibrid. Toyota R&D, TRD, dan rangkaian pembekal canggih menggabungkan pengimbasan laser, pembangunan CAD dan percetakan 3D skala besar untuk merealisasikan reka bentuk yang dimahukan.

Lengkungan fender dimodelkan secara digital, dicetak pada skala penuh, kemudian disiapkan dengan tangan untuk kekuatan dan ketepatan.

Kunci kepada proses ini ialah Makmal Add Lab Toyota di Georgetown, Kentucky.

Makmal ini diketuai oleh Pengurus Kejuruteraan Kanan, Greg Stewart dan Jurutera Pembuatan Aditif, Dallas Martin, yang keupayaan prototaip pantasnya memberikan fleksibiliti kepada R&D untuk memenuhi jadual masa yang mendesak.

Hasilnya ialah sebuah BEV yang direndahkan enam inci, lebar trek bertambah enam inci dan pakej aero bersepadu sepenuhnya termasuk sayap belakang, side skirt, pemisah hadapan dan difuser belakang.

Kereta ini dipasangkan rim BBS Unlimited 19×11 inci dengan tayar Continental Extreme Contact Sport 02 XL 305/30ZR19.

 Spesifikasi Teknikal Utama

  • Asas Kenderaan: Platform Toyota bZ AWD 2026 (26MY AWD bZ).
  • Prestasi Kuasa: Motor elektrik ditala Toyota R&D, menghasilkan lebih 300 kW (400+ hp).
  • Pengurusan Kuasa: Sistem BEV dengan penentukuran ECU khas.
  • Transmisi Kuasa: Pacuan Semua Roda (AWD).
  • Suspensi: Sistem coilover dan spring TEIN.
  • Sistem Brek: Sistem Alcon dengan pad Hawk, diadaptasi daripada program perlumbaan 86 Cup dan Corolla TC.
  • Struktur Keselamatan: Rangka keselamatan chromoly FIA-spec 4130.
  • Ketinggian Rendah: Direndahkan sebanyak enam inci daripada ketinggian asal.
  • Lebar Trek: Penambahan lebar trek sebanyak enam inci.
  • Aerodinamik Luaran: Pakej aero bersepadu sepenuhnya termasuk sayap belakang, side skirt, pemisah hadapan dan difuser belakang.
  • Roda: Rim BBS Unlimited 19×11 inci.
  • Tayar: Continental Extreme Contact Sport 02 XL 305/30ZR19.
  • Dalaman: Tempat duduk perlumbaan OMP HTE-R dan tali keledar OMP.
  • Kemasan Badan: Tiga warna khas PPG (mutiara/putih metalik, hitam metalikdan merah).
EV Toyota Toyota bZ Toyota bZ Time Attack Concept Toyota bZ4X
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.