Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toprak Kemungkinan Besar Pilih BMW untuk Saingan WorldSBK 2024
Auto Terkini

Toprak Kemungkinan Besar Pilih BMW untuk Saingan WorldSBK 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANTAN pelumba Turki, Kenan Sofuoglu mengesahkan Kawasaki berminat mendapatkan khidmat Toprak Razgatlioglu sebelum mantan juara dunia itu bersetuju menyertai pasukan BMW untuk musim Kejuaran Superbike Dunia (WorldSBK) 2024.

Razgatlioglu mengejutkan ramai apabila mengumumkan keputusan berpisah daripada Pata Yamaha World Superbike akhir musim ini selepas empat tahun bersama pasukan tersebut.

Razgatlioglu menyertai pasukan Yamaha dengan jentera YZF-R1 (2020), dan mengumpul 228 mata untuk mengakhiri musim tersebut di tempat keempat selepas Jonathan Rea (360 mata), Scott Redding (305 mata) dan Chaz Davies (273 mata).

Musim 2021 menyaksikan Razgatlıoglu memberi saingan sengit kepada Rea, dan muncul juara dengan perbezaan 13 mata (Razgatlıoglu: 564 mata, Rea: 551 mata). Pelumba Turkiye itu memenangi 13 perlumbaan dan 29 podium.

Sama ada kekal dengan Yamaha di WorldSBK atau berpindah menyertai MotoGP, beliau masih berpeluang terus bersama  Yamaha selepas menerima tawaran dengan pasukan pengilang dari Jepun itu.

Namun, selepas mendapat minat Kawasaki, Razgatlioglu memilih mencari cabaran baharu dengan BMW, sekali gus memberi petunjuk bintang Turkiye itu mungkin tidak beralih ke trek MotoGP. Sofuoglu memberitahu Speedweek.com;

Toprak sedang cari cabaran baharu. Selepas ujian MotoGP dan semua cerita mengenainya, Toprak mahu sesuatu yang lebih menarik.

“BMW memberikan dia banyak sebab untuk tujuan itu. Kawasaki juga berminat dengan Toprak. Tetapi semasa berborak dengan dia, aku perasan dia lebih cenderung tunjuk potensi dengan BMW.

“Aku tahu ramai orang ada pandangan berbeza dengan situasi itu berbanding kami, tapi kami bersedia memberi kejutan kepada sesiapa.

“Kami percaya dalam projek ini dan aku sokong sepenuhnya Toprak pindah ke kem BMW. Kami akan bergelar juara dunia sekali lagi.”

Buat masa ini, tiada maklumat siapa akan menjadi rakan pasukan Razgatlioglu dalam pasukan pengilang BMW.

SUMBER: Crash

Auto Terkini Kenan Sofuoglu roda2 Toprak Razgatlioglu World SBK 2024 WSBK Pata Yamaha
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.