Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tol Tak Naik Tahun Ini!
Auto Terkini

Tol Tak Naik Tahun Ini!

FarahBy Farah02/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) memaklumkan Kerajaan  bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini (2022) seperti yang diaplikasi pada 2021.

Pada tahun lalu, tiga lebuh raya sepatutnya dijadualkan mengalami kenaikan kadar tol, tetapi ditangguhkan Kerajaan bagi tempoh 1 Januari-31 Disember 2021. Penangguhan kadar tol itu turut melibatkan 26 lebuh raya lain.

BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

Menurut KKR;

Kerajaan memutuskan menstrukturkan semula kadar tol dan ini akan dirundingkan dengan syarikat konsesi lebuh raya dan mesti dimuktamadkan sebelum 2023.

“Sepanjang tempoh rundingan, kadar tol yang diwartakan dikekalkan dan penangguhan kenaikan kadar tol akan diteruskan untuk 2022.”

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menyoal KKR mengenai status kenaikan tol yang ditangguhkan pada 2021, sama ada dilaksanakan pada 2022 atau tidak.

PERLU BAYAR PAMPASAN JIKA TOL RENDAH

RFID PLUS

Menurut KKR lagi, berdasarkan perjanjian konsesi yang dipersetujui bersama, jika Kerajaan mahu melaksanakan tambang tol lebih rendah daripada kadar dipersetujui atau memansuhkan kutipan tol, Kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Tahun lalu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Kerajaan memutuskan menangguhkan kadar kenaikan tol selepas mengambil kira kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat krisis wabak Covid-19. Tiga lebuh raya yang sepatutnya mengalami kenaikan kadar tol ialah:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

BACA>>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol – Tun M
BACA>>> #Bajet2019: Kenaikan Tol Lebuh Raya dalam Bandar Dibekukan – Bila Nak Mansuh?

SUMBER: TheStar

Auto Terkini Datuk Seri Fadillah Yusof Gobind Singh Deo kadar tol Kadar Tol 2022 Kekal Kementerian Kerja Raya Lebuh Raya Menteri Kerja Raya tol
Farah

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.