Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tol Percuma Selama 30 Hari di 3 Plaza Tol Lebuhraya SPE
Auto Terkini

Tol Percuma Selama 30 Hari di 3 Plaza Tol Lebuhraya SPE

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA pembukaan penuh Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), pemandu kenderaan boleh menikmati akses kemudahan itu tanpa perlu membayar tol di tiga plaza tol utama selama 30 hari.

Pemberian tol percuma itu akan tamat pada jam 11.59 malam, 2 Disember 2023. Tiga plaza tol utama yang anda boleh lalu tanpa bayar tol dalam tempoh itu ialah:

  • Plaza Tol Chan Sow Lin
  • Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE
  • Plaza Tol Setiawangsa (Arah Selatan dan Utara)

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata:

Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas satu (kereta).”

Nanta berkata, SPE menghubungkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan merupakan projek dengan jarak keseluruhan 20.7 kilometer membabitkan empat seksyen iaitu:

  • Kerinchi-Salak (Seksyen 1)
  • Salak-Pandan (Seksyen 2)
  • Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3)
  • Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4)

Bagaimanapun, sebahagian jajaran lebuh raya itu iaitu Seksyen 4 dengan jarak 4.4km sudah dibuka kepada pengguna sejak 21 Disember 2021.

Beliau menambah:

Pembukaan sepenuhnya Lebuhraya SPE ini yang merupakan jalan pintas kepada beberapa lokasi, pastinya akan membawa impak signifikan terhadap usaha kerajaan untuk membantu menyuraikan trafik Kuala Lumpur pada waktu puncak sehingga 30 peratus, selain memperkasa usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat setempat.

“Sebagai contoh, tempoh perjalanan pada waktu puncak dari Kerinchi, Petaling Jaya ke Taman Melati, Gombak dan sebaliknya, dijangka hanya mengambil masa 35 minit berbanding satu jam 30 minit dengan laluan sedia ada sekali gus memanfaatkan kira-kira 100,000 pengguna.”

SUMBER: Bernama

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya (KKR) Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) Plaza Tol Ampang Plaza Tol Chan Sow Lin Plaza Tol Setiawangsa
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.