Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tokyo Auto Salon (TAS) Kuala Lumpur 2024 Pamer Lebih 300 Kereta JDM Kustom, Eksklusif
Auto Terkini

Tokyo Auto Salon (TAS) Kuala Lumpur 2024 Pamer Lebih 300 Kereta JDM Kustom, Eksklusif

SyafieBy Syafie09/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 secara rasmi membuka tirai hari ini yang berlangsung tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Lebih 300 kereta yang lengkap ditala, termasuk 15 model eksklusif yang dibawa khas dari Jepun dipamerkan kepada pengunjung, khususnya peminat model domestik Jepun (JDM).

Selain pameran kereta, ada juga aktiviti lain disediakan bagi memeriahkan lagi suasana TASKL 2024 kali ini seperti tersebut:

  • Pertandingan penggayaan auto yang akan dinilai tuner terkemuka Jepun
  • Kehadiran pelbagai kelab kereta
  • Demonstrasi drift
  • Cabaran simulator perlumbaan
  • Pertandingan audio
  • Pertandingan pop & bang
  • Persembahan secara langsung

Acara ini juga menampilkan tuner ikonik Top Secret, Smoky Nagata dan tuner terbaik Jepun lain seperti Veilside, Trust/Greddy, Option, Tomica, dan San Ei Corporation.

Pengunjung juga boleh membeli barangan eksklusif TASKL 2024 seperti kemeja-t dengan grafik pelbagai model JDM seperti R33, R34, dan R35 Nissan GT-Rs, Honda Civic FK8 dan FL5 Type R, Mitsubishi Evo X, termasuk Toyota AE86 dan Supra. Pembeli barangan ini akan menikmati diskaun lima peratus jika melakukan pembelian secara dalam talian.

TASKL 2024 turut mengeluarkan model diecast edisi terhad dan istimewa 1/64, iaitu Chameleon Nissan GT-R R33 (NISMO 400R) . Jika berminat ingin membeli, anda perlu membeli mana-mana tiket terlebih dahulu sebelum membuat pembelian dalam talian atau di kaunter sementara stok masih ada.

Berikut harga tiket TASKL 2024:

  • Tiket Biasa: RM60 sehari atau RM120 tiga hari
  • Tiket Kanak-Kanak (6-12 tahun): RM30 sehari dan RM60 tiga hari
  • Tiket Kanak-Kanak (bawah 6 tahun): Percuma
  • Tiket OKU (termasuk satu penjaga): Diskaun 50 peratus
  • Tiket Express Lane: RM80 sehari
  • Pas VIP: RM150 sehari
  • Pas Istimewa Black Tag: RM1,500

Pembelian tiket boleh layari laman web tokyoautosalonkl.com

 

Auto Terkini TASKL 2024 Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.