Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: TIV 2025 Cecah 820,752 Unit, Lepasi Paras 800k Dua Tahun Berturut-Turut!
Auto Terkini

MAA: TIV 2025 Cecah 820,752 Unit, Lepasi Paras 800k Dua Tahun Berturut-Turut!

SyafieBy Syafie22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan kenderaan CKD 2026 dijangka meningkat

INDUSTRI automotif Malaysia menutup tirai 2025 dengan pencapaian bercampur apabila jualan kenderaan mencatat rekod baharu, tetapi pengeluaran kenderaan menunjukkan penyusutan berbanding tahun sebelumnya (2024).

Menurut data yang dikongsikan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah keseluruhan industri (TIV) 2025 mencapai 820,752 unit, meningkat 0.5 peratus berbanding 816,747 unit pada 2024, sekali gus menjadi tahun kedua berturut-turut jualan kenderaan melepasi paras 800,000 unit.

Jualan Pecah Rekod Bulanan, Suku Tahunan

Prestasi jualan 2025 turut disokong beberapa rekod baharu yang dicapai industri, seperti:

  • Jualan bulanan tertinggi sepanjang sejarah – 90,716 unit pada Disember 2025
  • Jualan suku tahunan tertinggi – 241,416 unit pada suku keempat 2025

Pencapaian tersebut mencerminkan momentum permintaan pengguna yang masih kukuh, terutama pada penggal kedua tahun lalu.

Faktor Penyumbang Rekod Jualan 2025

MAA menjelaskan, beberapa faktor utama menyumbang kepada pencapaian TIV pada 2025, iaitu:

  • Pertumbuhan ekonomi mampan: Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) berkembang 4.7 peratus pada tiga suku pertama 2025, disokong permintaan domestik dan pemulihan eksport
  • Kadar Dasar Semalaman (OPR): Diturunkan kepada 2.75 peratus sejak Julai 2025, sekali gus mewujudkan persekitaran pembiayaan lebih kondusif untuk pinjaman kenderaan
  • Persekitaran sosio-politik stabil: Memberikan keyakinan kepada perniagaan dan pasaran pekerjaan.
  • Pasaran buruh positif: Kadar pengangguran mencatat paras terendah dalam tempoh 11 tahun pada 2.9 peratus
  • Buku tempahan tinggi: Terutama dalam segmen-A, yang menyumbang kepada peningkatan kecil pegangan pasaran jenama nasional kepada 62.3 peratus
  • Pelancaran model baharu, khususnya kenderaan elektrik bateri (BEV): Mendapat sambutan baik pasaran, dengan jualan BEV meningkat 78 peratus sepanjang 2025
  • Kempen promosi agresif pengeluar dan pengedar: Terutama suku keempat 2025

Pengeluaran Kenderaan Turun Walaupun Jualan Naik

Di sebalik prestasi jualan memberangsangkan, jumlah pengeluaran industri (TIP) 2025 menurun 5 peratus kepada 747,780 unit, berbanding 790,347 unit (2024).

Berikut pecahan pengeluaran:

  • Kenderaan penumpang: 704,603 unit, susut 5.4 peratus
  • Kenderaan komersial: 43,177 unit, susut 5.6 peratus

MAA menjelaskan, penurunan pengeluaran berlaku walaupun jualan mencapai rekod, mencerminkan peningkatan pendaftaran kenderaan EV import (CBU) dalam pasaran tempatan, terutama menjelang tamat tempoh insentif pada hujung 2025.

Prestasi TIV Negara Kekal Konsisten

Secara keseluruhan, prestasi industri automotif Malaysia pada 2025 memperlihat permintaan pengguna yang masih kukuh dan berdaya tahan, disokong faktor ekonomi dan pembiayaan positif.

Namun, penyusutan pengeluaran tempatan memberi isyarat industri mula mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam mengimbangi kapasiti pengeluaran dengan unjuran pasaran akan datang.

Auto Terkini Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Malaysian Automotive Association (MAA) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) TIV 2025 Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Roda4

    RS 3 Competition Limited, Audi Raikan 50 Tahun Enjin Lima Silinder

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.