Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet
Autotainment

Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet

ZYBy ZY30/12/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERDASARKAN artikel sebelum ini mengenai jenis helmet, anda sekarang pasti sudah dapat membayangkan tentang kelebihan setiap jenis topi pelindung kepala tersebut. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan, bergantung kepada situasi tunggangan berbeza.

BACA >>> Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda

Ini termasuk beberapa kriteria lain yang wajar diberikan perhatian seperti rutin tunggangan saiz, rating keselamatan, ciri ditawarkan serta harga helmet pilihan anda itu.

1. RUTIN TUNGGANGAN

Setiap penunggang ada rutin tunggangan berbeza yang akan menentukan jenis helmet yang patut dipilih. Sekarang, sila pastikan apakah rutin tunggangan anda? Jarak dekat atau jauh? Tunggangan harian atau mingguan?

i. Tunggangan Harian ke Pejabat

Dalam situasi ini anda mahukan ruang pandangan dan kejelasan tinggi. Ini kerana kekerapan menempuh kesesakan trafik memerlukan anda sentiasa peka dengan persekitaran. Justeru, helmet open face (bersama visor) adalah antara pilihan terbaik. Walaupun helmet jenis ini tidak menawarkan perlindungan maksimum seperti helmet fullface atau modular, tetapi ruang dan sudut pandangan adalah lebih luas dan jelas.

ii. Tunggangan Jarak Jauh

Helmet jenis fullface touring atau modular sangat sesuai buat penunggang jarak jauh. Selain menawarkan pengudaraan nyaman menerusi posisi ventilator, termasuk mengambil kira ergonomik tunggangan yang menegak, rekaan helmet jenis ini memberikan ekstra perlindungan daripada bunyi bising seperti desiran angin kencang yang cukup bingit jika dibiar dalam tempoh lama.

2. SAIZ/PADANAN (FITTING)

Seperti juga pakaian yang didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada S hingga XL, begitu juga helmet. Walaupun spesifikasi ukur lilit helmet disediakan pengeluar, anda sendiri boleh membuat anggaran padanan sendiri untuk pembelian online. Namun, jika tidak pernah memakai helmet berjenama sama, seeloknya cuba sendiri di mana-mana kedai aksesori motosikal terdekat.

Berikut adalah apa yang perlu anda perhatikan ketika mencuba helmet ialah:

  • Pastikan bahagian atas liang visor/mata betul-betul terletak pada aras atas mata atau kening.
  • Selepas dipakai, cuba gerakkan helmet ke kiri dan kanan muka. Cuba juga masukkan jari antara pad dalam dan kulit kepala anda.
  • Jika helmet mudah digerakkan, dan jari pula mudah dimasukkan, itu bermakna helmet tersebut masih longgar. Jadi, kecilkan lagi saiz hingga helmet benar-benar sepadan tanpa memberikan titik tekanan kepada kepala.

Seperkara lagi, pastikan dahulu bentuk kepala anda berasaskan pandangan atas:

  • Bujur Panjang (Long Oval) – Bentuk membujur, ukuran hadapan ke belakang lebih memanjang daripada sisi ke sisi.
  • Bujur Sedang (Intermediate Oval) – Ukuran hadapan ke belakang sedikit panjang daripada sisi ke sisi.
  • Bujur Bulat (Round Oval) – Bentuk kepala seakan-akan membulat.

Kebanyakan helmet direka dalam bentuk intermediate oval. Jika anda mempunyai kepala jenis long oval, misalnya, adalah lebih elok mencuba satu-satu helmet untuk tempoh lebih lama kira-kira 30 minit jika ada peluang.

Cara ini penting bagi mengenal pasti titik tekanan kerana tekanan kuat ke atas mana-mana bahagian kepala akan menyekat peredaran darah di kepala yang boleh menyebabkan kesakitan,  pening, mual dan tidak selesa.

Memandangkan ujian titik tekanan mengambil masa lama, cuba bertanya kepada wakil penjual atau pengedar sama ada mereka ada polisi pulang semula helmet jika produk itu tidak memuaskan hati.

3. RATING KESELAMATAN


JIKA anda perasan, selain corak dan label jenama, helmet juga mempamerkan pelekat khas yang bertulis kod-kod tertentu di bahagian belakang produk. Label tersebut secara asasnya menunjukkan helmet itu diiktiraf selamat buat penunggang. Di Malaysia, rating asas keselamatan helmet ditentukan Institut Pia­waian dan Penyelidikan Perindustrian Ma­laysia (SIRIM). Ini termasuk rating tambahan lain yang bergantung kepada jenis dan jenama helmet anda. Antaranya:

i. SIRIM – Seperti dijelaskan, helmet berpelekat SIRIM adalah diiktiraf selamat untuk penunggang Malaysia.

ii. DOT (USA) / JIS (JPN) / ECE 22.05 (EU) – Helmet yang diimport dari luar negara semestinya tiada pelekat SIRIM. Jadi, pastikan ada label rating daripada agensi Kerajaan di negara asing berkenaan, bergantung asal buatan produk helmet tersebut.

iii. Snell (USA) / SHARP, ACU Gold, BSI (UK) – Label ini menunjukkan pengiktirafan daripada badan swasta melibatkan ujian spesifik tertentu. Contohnya, rating Snell mengambil kira perlindungan dagu dan impak perlanggaran lebih kuat, sekali gus menjadikan rating tersebut cuma layak untuk helmet untuk kegunaan dalam trek atau tunggangan kelajuan tinggi dan agresif, seperti helmet fullface (kecuali jenis modular).


Manakah rating terbaik? Jawapannya sukar ditentukan kerana bergantung kepada jenis ujian dilakukan. Tambahan pula, kepelbagaian rating adalah membabitkan metod dan fokus ujian yang berlainan. Mungkin anda merasakan rating Snell sebagai terbaik, tetapi pada masa sama, rating itu kurang mengambil kira faktor mengelakkan kemalangan seperti saiz liang visor besar dan keselesaan pad dalam yang diambil kira dalam rating ECE 22.05.

Paling mudah, tentukan tujuan anda memakai helmet. Jika hanya tunggangan biasa, rating dalam negara seperti SIRIM atau DOT sudah pun memadai. Jika tunggangan dalam trek atau bersantai-santai sepanjang lebuh raya Karak, anda mungkin perlu memiliki helmet dengan perlindungan impak tinggi menerusi rating Snell atau ECE 22.05.

4. CIRI TAMBAHAN

Kemajuan teknologi membuka jalan kepada ciri tambahan helmet yang banyak memudahkan si pemakai seperti:

  • Sokongan Visor Fotokromatik – Visor fotokromatik mampu mengurangkan tahap gelap (tint) secara automatik apabila suasana sekeliling gelap. Namun, harga mahal menjadikan visor jenis ini cuma didapati pada model helmet tertentu.
  • Visor Siap Gelap – Sesetengah helmet open face dan full face menawarkan visor jernih sebagai ciri standard, termasuk visor siap digelapkan yang membolehkan anda menyesuaikan kadar kecerahan secara terus tanpa perlu berhenti menukar visor. Pilihan ini lebih ekonomi berbanding visor fotokromatik.
  • Tali Keledar Mudah Tanggal (Quick Release) – Berbanding tali D-ring seperti terdapat pada helmet MS88, tali keledar quick release membolehkan anda memasang dan membuka ikatan helmet dengan cepat tanpa perlu menanggalkan sarung tangan.
  • Sokongan Komunikasi – Kerap dapat panggilan telefon? Sila dapatkan helmet dengan sokongan aplikasi peranti bebas tangan Bluetooth.
  • Sokongan Pinlock – Tapak Pinlock membolehkan anda melekapkan visor tambahan sebagai sokongan visor sedia ada. Dipanggil Pinlock Visor Insert atau Pinlock Insert, visor sokongan ini menawarkan teknologi anti-kabus bersama opsyen cermin gelap berbeza warna.
  • Padding Mudah Tanggal – Memudahkan anda mencuci dan juga membaiki pad helmet. Kebiasaannya, ciri ini hanya terdapat pada helmet kelas premium.

5. HARGA

Inilah faktor terawal dan terakhir sebelum anda membuat keputusan akhir memilih jenis helmet. Ramai tersalah anggap bahawa helmet itu bagus dan selamat jika harganya mahal. Faktanya, tidak!

Sebaliknya, harga helmet bergantung kepada material digunakan dalam pembuatan sesebuah helmet, termasuk ciri tambahan yang ditawarkan. Tahukah anda, ada helmet open face premium seperti Shoei atau Arai dengan harga ribuan ringgit masih tidak selamat seperti helmet fullface Givi yang berharga RM250 sahaja.

Pemilihan helmet mengikut harga juga sepatutnya bersandarkan kepada rutin tunggangan. Contohnya, jika helmet itu digunakan untuk ke pejabat, atau ke kompleks beli-belah dengan tahap keselamatan minimum, memakai helmet mahal sebenarnya agak membebankan. Ini kerana anda perlu membayar kos loker atau mengusung helmet mahal itu ke mana-mana. Sebaliknya, jika sekadar helmet murah, anda lebih selesa untuk sangkutkan saja di motorsikal, walaupun masih tidak menjamin helmet anda itu tidak dicuri.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk memilih helmet yang sesuai selepas membuat penilaian berasaskan rutin tunggangan, tuntutan keselamatan dan keselesaan, serta berapakah bajet yang mampu dibelanjakan.

Hah, sudah dapat helmet sesuai, jangan pula lupa pakai dan ikat tali helmet dengan betul!

autotainment helmet kriteria pilih helmet roda2 tip pilih helmet topi keledar
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

MForce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

CFMOTO PAPIO RACER Tiba di Malaysia, ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Perlumbaan

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026

4 Comments

  1. uphobia on 15/08/2017 07:38

    cmne tips nak pilih helmet yg sesuai dgn motor? moto gempak tp rupa helmet ke laut,atau sebaliknya…

    Reply
  2. Azuan on 04/02/2019 19:28

    Min gambar last tu helmet apa?motocross ke?

    Reply
    • AO on 06/02/2019 06:48

      Yac

      Reply
  3. Kamal on 02/07/2020 18:01

    Kalo helmet by DOT boleh masuk malaysia tak min?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.