
KERAJAAN bakal memacu satu lagi fasa baharu dalam sistem tol negara apabila tiga akta utama di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dipinda tahun depan bagi membolehkan pelaksanaan kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menjelaskan pindaan itu membabitkan:
- Akta Jalan Persekutuan
- Akta Pengangkutan Jalan
- Akta Lebuhraya Malaysia
Langkah ini penting kerana ketiadaan palang fizikal nanti menuntut peraturan lebih jelas mengenai kesalahan tidak membayar tol, serta tatacara penguatkuasaan di lebuh raya MLFF.
Tiada Palang, Tapi Undang-Undang Lebih Ketat
Ahmad Maslan berkata ketiadaan palang tol memerlukan mekanisme undang-undang baharu untuk memastikan pengguna tidak mengambil kesempatan.
Bila palang tol sudah tiada, nanti ada isu pengguna tidak membayar tol dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan pindaan itu akan memperincikan pihak bertanggungjawab melakukan penguatkuasaan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkemungkinan menjadi agensi utama.
MLFF Diambil Alih Syarikat Konsesi, Bukan Lagi Kerajaan
Antara perubahan besar ialah MLFF kini bukan lagi ditangani kerajaan, sebaliknya dilaksanakan terus syarikat konsesi terpilih.
Ini secara tidak langsung menutup isu dakwaan kos besar RM3 bilion, kerana anggaran itu hanya terpakai jika MLFF dibiayai kerajaan.
Syarikat konsesi sudah tentu memilih sistem yang kompetitif. Bagi kerajaan, kepentingan pengguna tetap diutamakan dan caj tambahan tidak boleh sewenang-wenangnya dikenakan,” tambah beliau.
Apa Makna Untuk Pengguna?
- Laluan tol tanpa palang - pandu terus, bayar automatik
- Undang-undang baharu untuk elakkan pengguna "guna free"
- Penguatkuasaan lebih tersusun, mungkin di bawah LLM
- Tiada caj tambahan sesuka hati kerana kerajaan tetap jadi ‘penjaga’ kepentingan rakyat
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply