• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Sempat Ambil Gaji, Remaja Digilis Lori Ayam

Tidak Sempat Ambil Gaji, Remaja Digilis Lori Ayam

December 8, 2021 By Farah Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAJAT seorang anak muda yang sedang perjalanan mahu mengambil duit gaji bulanan tidak kesampaian apabila maut digilis sebuah lori ayam di lampu isyarat Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka, jam 6 petang semalam.

Mangsa, Muhammad Ameerudeen Zulkarnain, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurut polis, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha dari Alor Gajah ke Simpang Ampat. Mangsa dikatakan terjatuh sebelum digilis tayar belakang lori jenis Hino. Pemandu lori, berusia 25 tahun, dan kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar untuk dibedah siasat di Hospital Alor Gajah, manakala pemandu lori dipanggil untuk mendapatkan keterangan.

Mangsa bekerja di sebuah kilang automotif di daerah Alor Gajah sebagai pekerja kontrak dan sedang dalam perjalanan mahu mengambil duit gaji. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA >>> Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Bakar Kereta Si Gadis
BACA >>> Dilanggar Pemandu Khayal Dadah, Penunggang Motosikal Tercampak Atas Bumbung
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

SUMBER: Kosmo | Utusan

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Melaka, motosikal Yamaha, Muhammad Ameerudeen Zulkarnain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my