Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

SyafieBy Syafie23/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95

RAKYAT Malaysia tidak lagi perlu mengemukakan bukti perjalanan ke luar negara untuk memohon lesen memandu fizikal, berkuat kuasa esok.

Kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, warganegara Malaysia dikenakan bayaran RM20 bagi mendapatkan lesen memandu fizikal, manakala bukan warganegara dikenakan bayaran RM100.

Permohonan Dibuka kepada Semua, Tanpa Sekatan Kategori

Logo JPJ

Menurut Kementerian, orang ramai kini ada pilihan terbuka untuk memohon cetakan kad fizikal lesen memandu di semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

Permohonan cetakan lesen memandu fizikal kini dibuka secara terbuka dan tidak lagi terhad kepada kategori tertentu seperti yang ditetapkan sebelum ini,” kata kenyataan.

Sebelum ini, pemohon perlu mengemukakan bukti perjalanan antarabangsa, seperti tiket penerbangan, bagi melayakkan diri mendapatkan kad lesen memandu fizikal.

Selaras Dasar Pendigitalan Lesen Memandu

MOT menjelaskan, langkah itu sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk mendigitalkan lesen memandu, selaras dasar diperkenalkan sejak Februari 2023.

Melalui inisiatif itu, pemandu boleh membaharui lesen memandu digital menerusi aplikasi MyJPJ tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ, sekali gus mengurangkan kesesakan dan prosedur birokrasi.

Kementerian berkata, pendekatan baharu itu bertujuan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna, selain memudahkan urusan rakyat.

Golongan Tertentu Kekal Terima Lesen Fizikal Percuma

Pada masa sama, MOT mengesahkan kumpulan sedia ada yang layak menerima lesen memandu fizikal secara percuma akan terus menikmati kemudahan tersebut tanpa sebarang bayaran.

Golongan tersebut ialah:

  • Warga emas berusia 60 tahun ke atas
  • Pemegang lesen Kelas A1 dan A
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar

Orang Ramai Digalakkan Guna Lesen Digital

MOT dan JPJ turut menggesa orang ramai memanfaatkan sepenuhnya lesen memandu digital melalui aplikasi MyJPJ, yang menawarkan pengalaman lebih pantas, lancar dan mudah, terutama bagi urusan pembaharuan lesen.

SUMBER: FMT

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) Lesen Memandu Fizikal lesen memandu Malaysia (LMM)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.