• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Syarat Had Jemaah Masjid, Surau di Terengganu

Tiada Lagi Syarat Had Jemaah Masjid, Surau di Terengganu

July 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TIADA had bilangan jemaah dikuat kuasa bagi semua masjid dan surau di seluruh Terengganu bermula semalam. Keputusan itu diumum Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

MAIDAM berkata, keputusan itu selaras situasi semasa Covid-19 di Terengganu yang kini menjalani Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, keputusan itu diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selepas mendapatkan pandangan mufti, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pengarah Kesihatan negeri.

Bilangan jemaah mestilah mengikut keluasan masjid dan surau serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Kehadiran hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana orang yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, imam masjid juga dikehendaki membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat dan mengadakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat.

Osman berkata semua masjid dan surau juga dikehendaki menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin setiap malam selepas solat Maghrib dan berdoa memohon Allah mengangkat wabak Covid-19. Bagaimanapun, aktiviti lain di masjid dan surau TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

BACA >>> Lepas 5 Negeri Layak Masuk Fasa 2 PPN, Ada 4 Lagi Negeri Bakal Menyusul?
BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
BACA >>> Pemilik Proton Sedia Ada Boleh Pasang Penapis Kabin N95 Harga Promo RM50!

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Osman Muda, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Sultan Mizan Zainal Abidin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my