Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Kenderaan NGV Bermula 1 Julai 2025
Auto Terkini

Tiada Lagi Kenderaan NGV Bermula 1 Julai 2025

ShawkathBy Shawkath04/11/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA lagi kenderaan berasaskan bahan api NGV dibenarkan untuk didaftarkan atau dilesenkan di jalan raya di Malaysia bermula 1 Julai 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan keputusan yang dibuat Jemaah Menteri itu adalah atas dasar keselamatan pengguna dan orang ramai.

Malah beliau menyatakan Petronas juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat-peringkat di pasaran domestik sebelum menghentikan sepenuhnya pada tarikh sama (1 Julai 2025).

Loke berkata:

Berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara tahun 1995 sehingga 2014.

“Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terlibat pada hari ini telah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti.

“Tangki-tangki NGV ini mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan 15 tahun dan sekiranya tidak diganti, ia tidak selamat digunakan dan boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda yang dahsyat.”

ANCAMAN GUNA TONG GAS MASAK

Beliau juga menyatakan ada segelintir pengguna mengubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang dilihat sebagai perbuatan amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan selain kes letupan sebelum ini.

Jelasnya, tong silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.

Loke berkata:

“Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi, sehingga boleh melebihi RM7,000 satu kenderaan.

“Menyukarkan lagi keadaan, alat ganti NGV terutamanya tangki tulen sama ada sudah tiada lagi atau amat sukar diperoleh di pasaran tempatan.

“Dalam hal ini, melalui pemerhatian dan maklum balas yang diterima, terdapat pemilik kenderaan yang menggunakan alat ganti daripada tangki yang telah digunakan (terpakai) atau pengubahsuaian tidak diiktiraf termasuk menggunakan tangki gas LPG.

“Semua perkara ini akan akhirnya mendatangkan keselamatan, kecederaan atau kematian kepada pengguna atau pemilik kenderaan terbabit.”

Anthony Loke Siew Fook autoterkini Kementerian Pengangkutan kenderaan NGV
Shawkath

Artikel Berkaitan

Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026
Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.