Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/01/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Thunder LS250-S

THUNDER Motorcycles rasmi menggegarkan pasaran tempatan dengan pelancaran bobber kustom 250cc pertama dari kilang Thunder LS250-S, yang diilhamkan daripada budaya kustom Jepun.

Pelancaran bersejarah itu berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS pada 11 Januari 2026, sekali gus menandakan kemasukan jenama Thunder ke arena motosikal kustom Malaysia.

Thunder LS250-S ditawarkan di Malaysia pada harga RM23,788, antara cara paling mudah dan berbaloi untuk memiliki bobber kustom berinspirasikan budaya Jepun.

Diterajui Bike Continent, Disokong Nama Besar Kustom Asia

Thunder LS250-S

Pelancaran model itu di Malaysia diterajui Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi, di bawah pimpinan Pengarah Urusan, Ronnie Chen, manakala urusan import dikendalikan Mofaz Motosikal Sdn Bhd yang diwakili Datuk Nik.

Di peringkat global, Thunder Motorcycles dimiliki dan dipantau dua nama besar dunia kustom Asia, pembina kustom Jepun terkenal, Noro Yuji-san dan pembina kustom nombor satu China, Ka-san dalam memastikan DNA kustom tulen diterjemahkan ke dalam model pengeluaran.

Penyerahan 88 Unit Pertama di Malaysia

Thunder LS250-S
Thunder LS250-S

Sebagai simbol pelancaran rasmi, 88 unit Thunder LS250-S diserahkan kepada pemilik pertama dalam satu acara penyerahan khas berinspirasikan dunia kustom. Detik itu menandakan permulaan pembentukan komuniti penunggang bobber kustom Thunder di Malaysia.

Kehadiran model tersebut dijangka menyemarakkan lagi budaya motosikal kustom tempatan, khususnya segmen 250cc yang sebelum ini kurang pilihan berkonsep bobber tulen.

Gaya Bobber Kustom Tulen Terus dari Kilang

Thunder LS250-S

Hasil kolaborasi pembina kustom Jepun dan China serta kepakaran pembuatan berketepatan tinggi, Thunder LS250-S menawarkan gaya bobber yang agresif dan autentik tanpa memerlukan sebarang ubah suai tambahan.

Ia direka sebagai jentera ‘show-ready’ terus dari kilang, yang menampilkan siluet rendah, komponen minimalis dan karakter visual yang menonjol di jalan raya.

Ciri Ikonik Thunder LS250-S

Thunder LS250-S

Sebagai bobber kustom sejati, Thunder LS250-S hadir dengan ciri yang jarang ditemui pada model pengeluaran seperti:

  • Springer fork gaya klasik 74, untuk rupa vintaj ikonik
  • Ekzos buatan tangan, menghasilkan bunyi garau dan berkarakter
  • Frem binaan khas, mengekalkan postur bobber autentik
  • Sproket roda belakang saiz besar, menambah visual agresif
  • Rim jejari dengan profil maskular
  • Tayar Shinko Saw-Tooth klasik, dengan corak agresif
  • Rekabentuk vintaj melibatkan tangki ‘peanut’, pelana tunggalrendah dan kemasan retro

Mesra Lesen, Komuniti Penunggang

Thunder LS250-S

Antara kelebihan utama Thunder LS250-S adalah tidak memerlukan lesen B-Penuh, dikuasakan enjin V-twin 250cc dengan suntikan bahan api (FI) yang mesra penunggang baharu dan sesuai kepada mereka yang mahu beralih ke dunia kustom.

Selain itu, model tersebut dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia dengan sokongan alat ganti tempatan, mudah dipersonalisasi dan disokong komuniti penunggang yang semakin berkembang menerusi acara, konvoi dan pameran kustom.

Nilai Lebih Baik Berbanding Jepun

Thunder LS250-S

Dari sudut harga, Thunder LS250-S menawarkan nilai luar biasa. Di Jepun, model itu dijual pada harga sekitar 996,000 yen (anggaran RM26,000), tetapi untuk pasaran Malaysia ditawarkan pada harga lebih kompetitif.

Pendekatan iitui menjadikan Thunder LS250-S antara motosikal kustom paling mampu milik, tanpa perlu berbelanja besar untuk diubah suai selepas pembelian.

Dengan pendekatan ‘custom built by custom people’, Thunder Motorcycles membawa jiwa seni kustom Jepun terus ke tangan penunggang Malaysia, dan membuka lembaran baharu dalam segmen motosikal kustom tempatan.

Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Thunder LS250-S
Bobber Custom China-Jepun Kustom Asia Motosikal Kustom Thunder LS250-S Thunder Motorcycle
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026

1 Comment

  1. Haji Nazri kamal on 17/01/2026 11:23

    Di mana boleh saya beli. bagi alamat kedai

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.