Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Throttle Body [SIRI 2]: Mekanikal (MTB) vs Elektronik (ETB)
Autotainment

Throttle Body [SIRI 2]: Mekanikal (MTB) vs Elektronik (ETB)

TalibBy Talib02/12/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM artikel SIRI 1, kita didedahkan dengan istilah dan cara kerja badan pendikit aka throttle body, termasuk perkembangan teknologi komponen utama itu daripada mekanikal biasa kepada elektronik.

Artikel kali ini kita akan memperincikan lagi perihal dan perbezaan antara throttle body jenis mekanikal (MTB) dan elektronik (ETB):

BACA >>> Throttle Body [SIRI 1]: Kenali Fungsi dan Cara Kerja

Motor kawalan terotel (TCM) dan gear (warna hijau)

Dalam ETB, perubahan dilakukan ke atas komponen ini adalah seiring peningkatan teknologi pembangunan kereta moden. Motor kawalan terotel (throttle control motor, TCM) berfungsi menggunakan sensor posisi terotel (throttle position sensor, TPS) dan sensor posisi pemecut (accelerator position sensor, APS).

APS mengantikan kabel terotel pada pedal minyak untuk mengesan kedudukan pedal minyak sepanjang masa dan menghantar maklumat itu kepada modul Kawalan Terotel Elektronik (electronic throttle control, ETC). Modul ETC inilah yang mengawal keseluruhan process throttle body.

Pada peringkat permulaan ETC, setiap kenderaan yang menggunakan sistem ETB memiliki modul ETC sendiri. Namun, kereta moden hari ini sudah tidak seperti dulu. Modul ETC masa kini adalah termasuk dalam Modul Kawalan Enjin (ECM) bagi memudahkan keseluruhan proses pemasangan, pemprograman dan diagnosis.

Jika berlaku masalah ke atas sistem throttle body, mekanik hanya perlu menyambungkan peralatan diagnosis untuk mengimbas keseluruhan sistem berkenaan. Rajah di bawah adalah gambaran keseluruhan proses kawalan ETB yang dikawal modul ETC.

Proses Kawalan ETB.

Konsep paling mudah difahami, apabila pedal minyak diinjak, APS akan menghantar isyarat kepada modul ETC untuk membuka injap ETB. Contohnya, apabila pemandu menekan pedal minyak pada kadar 50 peratus, ETC akan menghantar isyarat kepada ETB untuk membuka injap pada keluasan 50 peratus. Apabila pemandu tidak lagi menekan pedal minyak, ETB akan ditutup.

Mekanisme ini memudahkan pengeluar menambah ciri lain yang lebih kompleks dan mampu meningkatkan prestasi kereta. Di pasaran Malaysia, antara ciri moden tambahan yang dikenali ramai pemandu adalah kawalan jelajah (cruise control), iaitu pemandu boleh mengeset kelajuan dan tidak perlu menekan pedal minyak lagi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?

Suis Kawalan Jelajah @ Cruise Control pada stereng.
Indikator ‘Check Engine’.

Walaupun sistem dan teknologi sudah maju, masih ada masalah yang tidak dapat dielakkan pengeluar, iaitu lampu indikator ‘Check Engine‘, juga lampu amaran yang paling tidak digemari ramai pemandu.

Apabila lampu itu kekal menyala, pemandu akan rasa tidak senang duduk hingga memaksa mereka menelefon pusat servis atau lebih ekstrem, menyerang pusat servis! Pemandu masih boleh memandu kerana sistem ETB kebiasaannya dilengkapi litar sandaran (back up circuit).

Namun, kereta akan mengalami simptom kekurangan kuasa enjin dan kelajuan jika masalah jadi terlalu teruk. Dalam kes ini, alat multimeter digital dan aplikasi diagnosis pengeluar diperlukan bagi mengelakkan kerosakan teruk pada bahagian elektronik sensitif.

Ini sudah tentu berita buruk buat geng do-it-yourself (DIY) kerana kalau tersilap diagnosis, ia boleh membawa kepada kerosakan lebih teruk. Sepatutnya bagi sistem sebegini, kita serahkan saja kepada pakar kerana kereta moden masa kini ada tempoh waranti  untuk menanggung kos baik pulih.

BACA >>> Cepat Berhenti Kalau Nampak 3 Indikator Amaran Ini!

ETB BERI MASALAH BARU?

Proses diagnosis diperlukan utnuk mengenal pasti masalah kereta.

ETB juga terbukti membantu pengeluar menambah ciri keselamatan kenderaan. Namun pada 2013, sistem ETB dikatakan menjadi punca berlaku situasi pecutan tidak diingini yang menyebabkan hampir 9 juta kenderaan dipanggil balik (recall) pada Mac 2007.

Masalah tersebut kemudian membawa kepada pengenalan sistem pembatakan terotel brek (brake throttle override, BTO) yang bertindak mematikan kuasa enjin sekiranya pedal brek atau minyak ditekan mengejut. Sistem ini mula diwajibkan untuk semua kenderaan ETC, bermula 2012.

Kesimpulannya, tiada lagi masalah pecutan tiba-tiba yang berisiko menyebabkan kemalangan. Malah ETC membantu mewujudkan lebih banyak ciri tambahan lain bagi mengelakkan kemalangan.

SUMBER: LiveAbout

Accelerator Position Sensor (APS) autotainment Badan Pendikit Kawalan Terotel Elektronik (ETC) Modul Kawalan Enjin (ECM) Motor Kawalan Terotel (TCM) Sensor Posisi Terotel (TPS) Throttle Body Throttle Body Elektronik (ETB) Throttle Body Mekanikal (MTB)
Talib

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026

    2 Comments

    1. Hussain on 19/12/2019 11:41

      Kalau semasa berhenti, enjin ram dan rurun tanpa henti, apa masalahnya?

      Reply
      • Talib on 27/12/2019 09:24

        Enjin ram dan turun tanpa henti, Setting pada throttle body berkemungkinan terganggu daripada sistem kawalan di ECU kenderaan. Bagi lebih mengetahui punca, Kena check keseluruhan sistem enjin di pusat service, bengkel biasa selalunya tiada updated software, jadi permasalahan baru mungkin tidak dapat dikesan.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.