Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Thailand Lancar Yamaha Aerox 155 (2021) Serba Baharu, Enjin Sama dengan Rupa, Ciri Dipertingkat
Roda4

Thailand Lancar Yamaha Aerox 155 (2021) Serba Baharu, Enjin Sama dengan Rupa, Ciri Dipertingkat

AryonBy Aryon09/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Thailand melancarkan skuter advencer Aerox 155 (2021) serba baharu dengan penampilab lebih sporty dan ciri dipertingkat pada harga 78,500 baht (RM10,640). Bagaimanapun aspek mekanikal kekal tidak berubah.

Berikut spesifikasi Aerox 155 (2021) serba baharu versi Thailand ini:

  • Masih dijana enjin BlueCore silinder tunggal 155cc penyejukan cecair berkuasa 15.4hp @ 8,000rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan teknologi injap variabel VVA, juga trenkuasa sama digunakan R15 V3 dan Exciter 155 VVA di Vietnam. Jugs dilengkapi sistem mula-henti  Start & Stop dengan SMART Motor yang berfungsi mematikan enjin apabila berhenti di lampu isyarat, dan dihidupkan semula secara automatik apabila memulaskan terotel.
  • Sistem transmisi jenia automatik CVT.
  • Menampilkan skema warna baharu lebih menarik.
  • Sistem lampu kini menggunakan  teknologi LED penuh. Lampu utama disepadukan bersama lampu siang (DRL) dengan rekabentuk slik, manakala lampu belakang juga direka baharu yang kali ini lebih kecil.
  • Kluster instrumen LCD diperbaharui sepenuhnya dengan grafik baharu yang kali ini disertakan aplikasi konektiviti terbina dalam Y-Connect dengan suis mod pada hendal kanan.
  • Apabila disambungkan, aplikasi Y Connect menawarkan lapan fungsi utama yang memberikan pengalaman menunggang menyeronokkan, seperti akses maklumat telefon (indikator ketika terima masuk panggilan, e-mel atau mesej, termasuk paras bateri telefon), peringatan servis, notifikasi malfungsi, penggunaan bahan api, maklumat tunggangan masa nyata (seperti pecutan, rev, tunggangan eko, suhu enjin dan suhu sekeliling dalam dua gaya grafik beranimasi), lokasi parkir dengan GPS, ranking tunggangan dan maklumat kontak dengan pengedar Yamaha.
  • Ruang simpanan bawah pelana 25 liter mampu memuatkan satu helmet muka penuh.
  • Kapasiti tangki dipertingkat daripada 4.6 liter kepada 5.5 liter dengan menawarkan jarak tunggangan lebih jauh.
  • Masih menggunakan rim aloi 14 inci dengan tayar lebar 140mm.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang (ada subtangki untuk varian ABS).
  • Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera di depan dan belakang. Jika memilih varian ABS akan disertakan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk mengelak brek terkunci ketika membrek kecemasan.
  • Ciri lain ialah soket kuasa untuk mengecas telefon pintar, dan kunci pintar Honda Smart Key System (SKS) yang boleh digunakan untuk on-off enjin, buka storan bawah pelana, mengunci hendal, signal ‘Answer Back’ dan buka tangki minyak.
AEROX 155 STANDARD
AEROX 155 ABS
Roda4 skuter skuter advencer Yamaha Aerox 155 (2021) Yamaha Motor Thailand
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.