Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Tesla Model 3 Standard Perkenal Varian Paling ‘Rahmah’, Harga RM147.6k Sahaja
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Standard Perkenal Varian Paling ‘Rahmah’, Harga RM147.6k Sahaja

SyafieBy Syafie25/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TESLA terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan menerusi penawaran Tesla Model 3 pada harga lebih kompetitif, bermula RM147,600 bagi varian Standard Rear-Wheel Drive (RWD) di Malaysia.

Model sedan elektrik popular itu menawarkan jarak pemanduan sehingga 534km (WLTP), kelajuan maksimum 201kmj, dan pecutan 0 – 100kmj sepantas 6.2 saat.

Ini menjadaikan model itu antara EV paling seimbang dari segi prestasi dan kecekapan dalam segmen

Varian Asas Masih Sarat Ciri Moden

Walaupun varian paling mampu milik, Model 3 Standard RWD masih hadir dengan spesifikasi yang praktikal untuk kegunaan harian.

Antara ciri utama ditawarkan ialah:

  • Rim aloi 18 inci Prismata
  • Kabin All Black Partial Premium Interior
  • Sistem Autopilot sebagai ciri standard
  • Percubaan Premium Connectivity selama 30 hari
  • Kerusi depan ada ciri pemanas
  • Lampu ambien ruang kaki
  • Sistem penyaman udara baris kedua boleh laras manual

Model itu menggunakan kemasan tekstil pada bahagian dalaman, dengan stereng boleh laras manual dan kerusi vegan dengan sisipan fabrik.

Perbezaan Jelas Varian Premium dan Performance

Bagi pengguna yang mahukan lebih keselesaan dan kemewahan, Tesla menawarkan beberapa varian lebih tinggi seperti Premium RWD, Premium Long Range RWD, Premium All-Wheel Drive (AWD), dan Performance All-Wheel Drive (AWD).

Antara peningkatan ketara varian Premium dan ke atas ialah:

  • Lampu ambien kabin jenis wrap-around yang boleh disesuaikan
  • Stereng kuasa boleh laras
  • Lampu ambien pada ruang kaki dan poket pintu
  • Kerusi vegan lelubang dengan fungsi pemanas dan ventilasi
  • Kerusi baris kedua dengan fungsi pemanas
  • Sistem penyaman udara baris kedua dengan kawalan skrin sentuh

Bagi varian Performance AWD, kemasan dalaman turut dipertingkat dengan penggunaan mikrosued dan gentian karbon, selain kerusi sport dengan fungsi pemanas dan boleh laras elektrik.

Harga Tidak Termasuk Caj Pendaftaran

Harga bermula RM147,600 dipaparkan adalah tidak termasuk yuran pendaftaran atas jalan dan kos logistik ke Malaysia Timur.

Bagaimanapun, masih dilihat sebagai salah satu tawaran paling kompetitif dalam segmen sedan elektrik premium di pasaran tempatan ketika ini.

Dengan gabungan jarak pemanduan jauh, prestasi memadai dan teknologi pintar, Tesla Model 3 terus menjadi pilihan utama bagi pengguna yang ingin beralih ke mobiliti elektrik di Malaysia.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Sedan Elektrik Tesla Malaysia Tesla Model 3 Tesla Model 3 Standard
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.