TESLA melancarkan Stesen Supercharging V4 terbaharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam yang dilengkapi empat unit Supercharging V4 yang mampu memberikan pengecasan pantas kepada komuniti sekitar, termasuk mereka yang singgah ke pusat beli-belah atau dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.
Supercharger V4 Tesla mampu menjana hingga 250kW untuk mengecas Model 3 dan Model Y sejauh 282km dalam masa hanya 15 minit.
Sistem itu turut menyokong teknologi masa depan dan menawarkan pengalaman 'plug and charge' lancar melalui aplikasi Tesla. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyemak ketersediaan pengecas, navigasi, pemantauan pengecasan dan pembayaran automatik tanpa kerumitan.
Dengan kadar bayaran mengikut penggunaan, Supercharging Tesla adalah antara kaedah pengecasan paling efisien dari segi kos di pasaran ketika ini.
Stakat ini, Tesla mengendalikan 15 stesen Supercharging (68 pengecas) dan 15 stesen Destination Charging (70 pengecas) seluruh Malaysia.
Lonjakan Penyerahan Model Y, Program Ganjaran
Tesla Malaysia memulakan penyerahan Tesla Model Y baharu pada Mei 2025 yang menyumbang kepada lonjakan pendaftaran kenderaan sebanyak 403 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sebagai sebahagian usaha meraikan pengalaman Tesla, syarikat itu turut mengundang pemilik sedia ada dan baharu untuk menyertai program Refer & Earn, yang menawarkan ganjaran hingga RM15,000 setahun jika memperkenalkan Tesla kepada rakan.
Pelanggan Tesla juga menerima sokongan pengecasan rumah percuma yang memudahkan dan menjimatkan kos pengecasan harian.
Program Tukar EV, Insentif Hijau
Tesla Malaysia juga melancarkan Program Penukaran EV bagi mempercepat peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV) Tesla.
Pelanggan boleh menikmati nilai tukar beli tambahan RM15,000, pembiayaan kadar faedah rendah dan insentif keseluruhan hingga RM43,000.
Selain itu, Program Insentif Mobiliti Hijau Tesla turut diperkenalkan bagi menyokong organisasi dan pekerja prihatin terhadap alam sekitar untuk beralih kepada EV, sejajar aspirasi Malaysia ke arah masa depan lebih hijau dan lestari.
Kadar Caj Supercharging Tesla
- Kadar Supercharging bermula RM1.19/kWj
- Yuran Kelengahan (Idle Fee) hingga RM4/minit apabila stesen Supercharging digunakan sepenuhnya (100 peratus)
- Tesla Destination Chargers: PERCUMA untuk pemilik kenderaan Tesla (hingga diberitahu kelak)
Lokasi Pusat Pengalaman Tesla di Malaysia
- Cyberjaya: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor
- Pavilion Damansara Heights: Lot 2.27.11, Tingkat 2, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur
- Gurney Plaza, Pulau Pinang: Lot 170-G-56A/56A1, Aras Bawah, Pintu Masuk Kelawai
- Pusat Servis Johor: 5 Jalan Sri Plentong 6, Masai, Johor
Pusat Servis Tesla di Malaysia
- Cyberjaya: Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor
- Pulau Pinang: Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor
- Johor: 5 Jalan Sri Plentong 6, Masai, Johor
Leave a Reply