Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Tip Buat Pemandu ‘P’ Supaya Tidak Cemas Selepas Dapat Lesen!
Autotainment

10 Tip Buat Pemandu ‘P’ Supaya Tidak Cemas Selepas Dapat Lesen!

Han OthmanBy Han Othman21/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mesti teruja selepas baru dapat lesen memandu bukan? Sekarang, anda akan berdepan dengan dunia jalan raya sebenar yang pastinya penuh pelbagai ragam dan dugaan. Anda mungkin sedikit risau dan cemas, tetapi itu perkara biasa. Percayalah, semakin kerap anda memandu, semakin banyak pengalaman yang akan anda peroleh.

Tetapi sebelum ini, anda perlu ikut 10 tip di bawah sebagai langkah asas buat pemandu yang baru dapat lesen seperti anda. Ikut jangan tak ikut!

1. IKUT LANGKAH ASAS SEKOLAH MEMANDU

https://www.rs6.com/pics/RS6/JE-RS6-6.jpg
Ya, inilah langkah pertama yang perlu anda lakukan sebaik saja masuk ke dalam kereta. Malah, jika anda berpengalaman memandu puluhan tahun pun masih perlu melakukan perkara sama. Paling asas, anda perlu laraskan dua posisi utama;

  • Kerusi dan stereng
  • Cermin sisi dan cermin pandang belakang

Tapi tidak perlulah buat perkara sama jika anda memandu kereta yang sama. Cukup saja mengerling cermin dan meletakkan tangan pada stereng pada kedudukan jam 9 dan 3, atau 09:15. Tangan tidak terlalu lurus dan tidak pula terlalu bengkok. Lihat gambar di atas.

2. KETAHUI KEDUDUKAN TANGKI MINYAK

https://images.huffingtonpost.com/2015-04-13-1428958600-8905374-fuelgaugemh.jpg
Teruja punya pasal sampai jadi gelabah masa mahu isi minyak sebab tak tahu tangki berada di sebelah mana. Caranya mudah saja, lihat simbol segitiga pada indikator minyak pada panel meter. Kalau simbol segitiga ke arah kanan, maka tangki minyak kereta berada di sebelah kanan dan begitu sebaliknya.

Tetapi, kabel pam minyak sebenarnya cukup panjang untuk membolehkan anda menarik merentangi badan kereta sekiranya anda memasuki pam yang bertentangan arah tangki minyak. Anda perlu parkir kereta rapat ke tepi dan hadapan pam untuk memudahkan kabel ditarik melintang di belakang but kereta. Rileks.

3. KETAHUI JENIS BAHAN API

Pertama, ketahui dahulu jenis bahan api atau minyak kenderaan anda sama ada petrol atau diesel. Majoriti kereta di Malaysia menggunakan bahan api petrol, manakala diesel banyak digunakan kenderaan jenis pacuan empat roda seperti trak pikap (Toyota Hilux, Ford Ranger) atau lori.

Sesetengah kenderaan utiliti sukan (SUV) datang dengan bahan api petrol dan diesel, begitu juga kereta. Bertanya dahulu kalau tidak tahu. Jangan main rembat saja kereta abah anda, dan sedar-sedar anda sudah terisi diesel ke dalam Mercedes-nya.

Ingat warna kod ini:

  • Diesel – Hitam
  • Petrol – Hijau (RON97), Kuning (RON95), Merah atau warna lain (RON mahal)

Sesetengah stesen menyediakan bahan api NGV (disebut gas) untuk kenderaan yang diubah suai sistem bahan api seperti teksi atau kenderaan persendirian. Setakat ini tiada kenderaan biasa keluar dari bilik pameran dengan standard sistem bahan api NGV.

Kecuali abah anda seorang pemandu teksi, anda tidak perlulah gelabah sangat. Standard kereta anda semestinya sama ada petrol atau diesel. Lagipun, macamlah anda nak keluar jalan dengan makwe atau pakwe bawa teksi abah anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

4. BAWA LESEN & KAD PENGENALAN

Wajib dibawa sepanjang masa supaya anda dapat bertenang apabila terserempak dengan sekaran jalan raya polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau sudah ada, kenapa nak gelabah sangat? Anda bukan buat salah apa-apa pun? Lesen dan kad pengenalan juga penting jika berlaku hal-hal kecemasan dan keselamatan diri.

5. PATUH LAMPU ISYARAT

https://i.huffpost.com/gen/1669917/images/o-TRAFFIC-LIGHT-facebook.jpg
Benda asas yang perlu diikut semua pemandu tidak kira betapa hebat dan berpengalamannya dia. Merah untuk berhenti, hijau untuk jalan dan kuning pula bersedia untuk berhenti – bukan bersedia memecut laju!

Tip tambahan, apabila lampu sudah hijau, jangan terus bergerak. Pastikan kenderaan – jika ada – berhenti terlebih dahulu sebelum bergerak kerana ada kemungkinan mereka sedang memecut laju dan tidak sempat membrek. Atau cuai memandu dan melanggar lampu isyarat. Hati-hati!

6. PEKA PAPAN TANDA JALAN

Tanda jalan sentiasa ada di kiri jalan sama ada nama dan jarak tempat, had laju, lokasi tumpuan (stesen minyak, sekolah, masjid), amaran bahaya dan lain-lain. Anda perlu pantas mengecam semua papan tanda itu dan bertindak mengikut simbol diberikan. Jadi, tidaklah berlaku situasi tiba-tiba terhantuk siling bumbung akibat terlanggar bonggol jalan kerana tidak peka dengan papan tanda itu.

BACA >>> Mahu Memandu Malam? Lakukan 10 Perkara Wajib Ini

7. FAHAM ARAH JALAN

https://c2.staticflickr.com/6/5133/5540066029_c6992cf5df_b.jpg
Anda perlu faham situasi jalan sesuatu tempat. Sesetengah jalan adalah jenis sehala – ada papan tanda dilarang masuk. Ada sesetengah jalan pula jenis dua hala. Anda juga perlu mahir meletakkan posisi anda sebelum memandu masuk dalam bulatan. Pastikan duduk di lorong paling kiri jika mahu menyusur keluar ke laluan paling kiri (jam 9 atau 12).

8. PASANG LAMPU

Mudah saja. Buka saja lampu bila cuaca gelap atau mula gelap. Ingat, anda mesti buatkan orang lain mesti nampak kereta anda. Cuaca gelap tidak semestinya ketika malam dan awal pagi saja, tetapi juga ketika hujan, mendung, ribut dan berjerebu, termasuk ketika memandu masuk dalam parkir bangunan atau terowong.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pandu Selamat Ketika Hujan Lebat

9. INGAT NOMBOR KECEMASAN

Ada ramai jerung di atas jalan raya sama ada pembuli jalanan atau kaki ketuk. Mereka pantang melihat anda membuat silap atau mengesan kereta sedang rosak. Tambahan lagi pemandu muda seperti anda yang rasa seperti boleh ‘dimakan’.

Apa lagi, simpan atau ingat nombor kecemasan. Dail 999 jika berlaku situasi mencemaskan seperti kemalangan atau kecederaan. Jika kereta rosak, telefon pihak insurans. Ya, kereta anda memang dilindungi insurans sepanjang masa dan di mana saja. Kalau panik sangat, telefon saja mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa anda.

10. BERHEMAH DI JALAN RAYA

https://spice4life.co.za/wp-content/uploads/2015/06/safe-driver.jpg
Seperti mana anda berhemah ketika diperhatikan abang atau kakak JPJ ketika mengambil ujian lesen memandu, begitu jugalah yang patut anda lakukan. Patuhi had laju dan peraturan lalu lintas, beri signal jika mahu membelok, jangan mengekor terlalu rapat, berprasangka baik, sabar, beri laluan kepada pengguna jalan raya kecil, beri bantuan termampu jika berlaku kecemasan, tidak memandu dalam lorong kecemasan dan banyak lagi. Sebenarnya, tidak perlu kami senaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Anda sendiri pun sudah tahu apa yang betul atau tidak.

autotainment tip memandu tip memandu untuk pemandu baru dapat lesen tip pemandu baru
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.