• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terlelap Punya Pasal, Audi A6 Terjun Sungai

Terlelap Punya Pasal, Audi A6 Terjun Sungai

September 15, 2020 By Azizi H Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki menghadapi detik cemas apabila keretanya terjunam ke dalam Sungai Linggi kerana terlelap.

Insiden berlaku jam 5 pagi semalam di laluan Lingkaran Tengah ketika mangsa, Zaini Abdullah, 30, dalam perjalanan dari pusat bandar ke rumahnya di Taman Abok, Rahang, Negeri Sembilan. Akibat mengantuk, Audi A6 dipandunya itu langsung hilang kawalan, dan terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seremban 2, Mohammad Idris berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.50 pagi dan menghantar sepasukan tiga pegawai serta 18 anggota ke lokasi kejadian.

Apabila sampai di lokasi, Audi A6 milik mangsa sudah berada dalam sungai dalam keadaan enjin dihidupkan dan lampu menyala. Bagaimanapun mangsa tiada kerana sudah pulang ke rumah tidak jauh dari tempat kejadian. Dia juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

SUMBER : HMetro

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi A6, Audi A6 Terjunam Sungai, Auto Terkini, Berita, Mengantuk Sampai Terjunam Sungai, Pemandu Mengantuk, Terjunam dalam Sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my