• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Keyless Punca Kes Curi Naik di UK, Pemilik Diminta Simpan Kunci dalam Tin Besi

Kereta Keyless Punca Kes Curi Naik di UK, Pemilik Diminta Simpan Kunci dalam Tin Besi

July 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBAHAGIAN besar pemilik kereta dengan ciri entri tanpa kunci (keyless) di Britain tidak menyangka kenderaan mereka menjadi sasaran mudah pencuri kenderaan di sana.

Perkara itu terdedah selepas Majlis Ketua-Ketua Polis Kebangsaan Britain (UK NPCF) mengingatkan pemilik kenderaan yang dilengkapkan sistem tersebut.

Data diperoleh menunjukkan kenaikan kes kecurian kenderaan 3.1 peratus antara Mei dan Jun. Pihak majlis mendakwa ‘peningkatan itu disebabkan kecurian keyless’.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Rahsia Kunci Pintar Motosikal yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Berdasarkan penjelasan UK NPCF:

  • Kumpulan penjenayah terancang menggunakan teknologi geganti (relay) untuk menerima isyarat signal daripada akaun kunci yang disimpan dalam rumah.
  • Penjenayah kemudian memindahkan signal itu kepada satu peranti mudah alih yang membolehkan mereka membuka pintu kenderaan dan melarikan kereta dicuri (tonton video di bawah).

APA SARANAN KEPADA PEMILIK KERETA KEYLESS

UK NPCF menggesa pemilik menempatkan kunci keyless masing-masing dalam tin besi atau beg perlindungan yang mencegah signal keluar daripada bekas simpanan.

Timbalan Ketua Konstable, Jenny Sims pula berkata:

Perkembangan teknologi secara pantas menambah baik pengalaman pemilik, tetapi pada masa sama memberi ruang kepada penjenayah mengeksploitasi kelemahan sistem keselamatan elektronik.

“Kami sedang bekerjasama erat dengan pengeluar kenderaan untuk membantu mereka meningkatkan rekaan keselamatan dengan berkongsi maklumat dan peralatan yang dirampas daripada penjenayah.”

Tahukah anda, kecurian keyless semakin meningkat dan sebuah kereta menggunakan sistem itu boleh dicuri dalam masa 20 saat saja?

Polis Leicestershire di Britain baru-baru ini menumpas tujuh anggota sindiket yang terlibat dalam kes kecurian lebih 50 kereta dengan sistem keyless bernilai £2.4 juta (RM13.9 juta).  Di Liverpool, lima individu dihukum kerana mencuri kenderaan berjumlah hampir £2.6 juta (RM15.1 juta). 

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Sebab Kenapa Kunci Kereta Boleh Tersangkut
BACA >>> #ApaNakBuat: Kunci Kereta Tidak Boleh Pulas, Bagaimanakah Mengatasinya?
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri
BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!

SUMBER: CarScoops

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berita global, Curi Kereta Keyless, Keyless Tak Selamat, Majlis Ketua-Ketua Polis Kebangsaan Britain, Sistem Kemasukan Tanpa Kunci

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my