• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terbabas Langgar Triton, Suami Isteri Maut Balik Hantar Anak Belajar di Kedah

Terbabas Langgar Triton, Suami Isteri Maut Balik Hantar Anak Belajar di Kedah

May 11, 2022 By Farah Leave a Comment

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPASANG suami isteri maut apabila kenderaan Nissan Latio dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung trak pikap Mitsubishi Triton di KM76, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak Isnin lalu.

Mangsa, Mohd Azmi Imas, 47, dan isteri, Rohani Abdullah, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akbat parah, manakala dua anak mangsa, masing-masing berusia 14 tahun dan 18 tahun luka dan patah tangan kiri.

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 6.45 petang selepas pasangan itu dan keluarga menghantar anak sulung mereka belajar di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Berang, Terengganu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar trak pikap.

Bagaimanapun, pemandu Triton, yang berusia 45 tahun dan dua penumpangnya tidak mengalami kecederaan.

Mayat pasangan suami isteri itu dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Suami Dua Hari Maut Dilanggar Lori, Isteri Masih Menunggu Pulang
BACA>>> Trak Pikap Potong Tak Lepas Punca Suami Isteri Maut, Tinggalkan 3 Anak Jadi Yatim Piatu

SUMBER: Utusan

Related

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, gerik-jeli, kemalangan, Kemalangan Gerik, kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my