Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Honda City (2023) Facelift Dibuka, Kini Lebih Besar dan Lebih Selamat
Auto Terkini

Tempahan Honda City (2023) Facelift Dibuka, Kini Lebih Besar dan Lebih Selamat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mengumumkan membuka tempahan Honda City (2023) versi dipertingkat (facelift) di semua rangkaian pengedar sah seluruh negara. Model sedan versi dipertingkat itu akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.

Hadir dengan konsep ‘The Best Gets Better’, Honda City (2023) facelift itu menawarkan rekabentuk lebih bergaya dengan ciri termaju dan trenkuasa lebih bertenaga yang selangkah ke hadapan dalam segmen sedan segmen-B tempatan.

APA YANG BERUBAH?

  • Penampilan luaran Honda City (2023) facelift hadir dengan rekaan lebih menarik yang menyerlahkan gaya hidup cita rasa tinggi dan sofistikated sebagai sedan praktikal.
  • Honda City e:HEV RS kini lebih panjang dengan rekaan bampar baharu. Dimensi panjang kini 4,589mm, lebar 1,748mm dan tinggi 1,467mm.
  • Honda City RS juga menerima naik taraf luaran melibatkan beberapa komponen baharu seperti gril sarang lebah (honeycomb), gril bawah bampar depan, difuser belakang, skirt sisi dan lencana RS baharu.
  • Gaya sport varian RS lebih menonjol menerusi padanan set bambar baharu dan rim aloi dwi-tona 16 inci baharu.
  • Honda City e:HEV RS dijana enjin hibrid 1.5L e:HEV dengan kombinasi dua unit motor elektrik dan sistem transmisi e-CVT yang menawarkan kombinasi kuasa dan penjimatan bahan api.
  • Enjin hibrid e:HEV membolehkan varian ini menghasilkan kuasa 107.5hp dan tork 253Nm, iaitu paling berkuasa dalam kelas yang menyamai model segmen-D  dengan daya tork daripada enjin aspirasi natural (NA).

LEBIH SELAMAT

Honda City e:HEV RS (2023) juga menerima pakej keselamatan dan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING dengan dua ciri baharu. Berikut ciri disediakan:

  • Susur Halaju Rendah (LSF) –  Baharu
  • Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN) –  Baharu
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan  (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Pada 2020, Honda Malaysia melancarkan generasi kelima Honda City. Tahun itu, kami meningkatkan tahap model jualan terbaik kami dengan memperkenalkan (varian) City RS e:HEV buat julung kali.

“Setakat ini, lebih 68,600 unit City generasi kelima sudah dijual sejak pelancaran, manakala separuh pertama 2023 kami menjual lebih 10,000 unit. Model ikonik ini nyata sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam segmen tersendiri.”

Maklumat lanjut mengenai Honda City (2023) facelift atau membuat tempahan boleh layaru pautan ini ▶️ prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch menggunakan telefon pintar.

Maklumat tambahan boleh diperoleh dengan mengunjungi mana-mana 101 premis pengedar sah Honda atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau laman web www.honda.com.my.

Auto Terkini harga kereta honda malaysia Hironobu Yoshimura Honda City versi dipertingkat (2023) Honda Malaysia Roda4 Tempahan Honda City (2023) Facelift
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.