• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tayar Toyo Proxes CR1 Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula Serendah RM160

Tayar Toyo Proxes CR1 Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula Serendah RM160

November 24, 2020 By Azizi H Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYO Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd melancarkan produk tayar baharu Toyo Proxes CR1 yang direka khas untuk segmen kereta penumpang dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia.

Dibina berasaskan teknologi termaju Jepun, Proxes CR1 dapat memenuhi keperluan pemandu, terutama mereka yang menghargai tayar prestasi cemerlang yang mampu beraksi konsisten pada kelajuan tinggi sama ada atas permukaan jalan basah dan kering.

PROXES CR1
PROXES CR1 SUV

Apa ditawarkan tayar ini ialah ciri keselamatan terbaik, penggunaan bahan api efisien dan kurang menghasilkan bunyi bising yang menyumbang kepada pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Tengku Djan Ley berkongsi pengalaman menggunakan tayar Proxes CR1.

Malah, legenda drift negara, Tengku Djan Ley sendiri mengakui kualiti Proxes CR1 selepas menguji tayar baharu itu yang dipasangkan pada Mercedes-Benz C230 miliknya. Menurutnya, tayar CR1 bukan saja selesa dan selamat untuk pemanduan di lebuh raya dan jalan raya biasa, tetapi juga kurang bising.

Tayar Proxes CR1 untuk kereta penumpang boleh dipilih dalam 36 saiz untuk diameter rim 14-18 inci, manakala tayar Proxes CR1 SUV menawarkan 9 saiz untuk diameter rim 17-19 inci.

MANFAAT PROXES CR1

Berikut empat manfaat ditawarkan tayar Proxes CR1:

  • Senyap

Penggunaan bahan penyerap bunyi dalam tayar mengurangkan kadar kebisingan di jalan raya dan meningkatkan keseronokan pemanduan. Paten bunga tayar dengan ciri Out-In Different pitch arrangement, ditambah dengan lapisan pelindung kebisingan mengurangkan kadar pelepasan tenaga bunyi setiap bahagian.

  • Selamat

Tayar Proxes CR1 menawarkan prestasi cemerlang atas jalan basah dan kering. Atas permukaan basah, tayar ini berfungsi lebih baik yang mana paten saliran dengan empat alur lebar utama membantu menyingkirkan air dengan cepat daripada kawasan sentuhan.

Ciri triple taper & rib membantu menambah baik ketahanan terhadap kehausan bunga dan meningkatkan prestasi dalam keadaan kering. Ciri multi-wave sipe pula membantu menghalang kadar kehausan tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply menambah baik prestasi pemanduan pada halaju tinggi.

  • Selesa

Proxes CR1 menawarkan pemanduan lebih lancar dan menyenangkan menerusi penggunaaan teknologi canggih Toyo, dinamakan T-Mode dan Nano Balance.

  • Gred Tinggi

Dari segi prestasi keseluruhan, Proxes CR1 mengurangkan kadar bunyi hingga 11 peratus, dan efek apung (aquaplanning) 2 peratus, sekali gus meningkatkan prestasi atas permukaan basah jika berbanding model terdahulu, Nano Energy 3. Tayar ini juga mempunyai kadar rintangan golekan lebih rendah yang menyumbang penggunaan bahan api lebih baik.

PROMOSI TERHAD DENGAN HADIAH PERCUMA

Harga jualan bergantung kepada saiz tayar dipilih, bermula RM160-RM440 untuk Proxes CR1, dan bermula RM380-RM580 untuk Proxes CR1 SUV.

Sempena pelancaran tayar Proxes CR1 baharu ini, pembeli set tayar Proxes CR1 akan menerima hadiah percuma berupa payung edisi terhad Proxes CR1 sementara stok masih ada.

Pada 19 November lalu, tiga pemenang baru saja menerima set tayar baharu, iaitu empat unit tayar Proxes CR1 apabila menyertai pertandingan pada acara pelancaran menerusi Facebook Live. Lagi 50 pemenang lain menerima kad petrol Petronas bernilai RM20.

Tayar Toyo Proxes CR1 kini boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, dan Pusat Tayar Silverstone seluruh negara.

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Tayar, Toyo Proxes CR1, Toyo Proxes CR1 SUV, Toyo Tires, Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my