Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tawaran Paling Gegar Hujung Tahun – EON Year-End CAR-NIVAL Datang Lagi!
Auto Terkini

Tawaran Paling Gegar Hujung Tahun – EON Year-End CAR-NIVAL Datang Lagi!

Han OthmanBy Han Othman13/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025

TAHUN 2025 bakal melabuhkan tirai, dan kali ini Edaran Otomobil Nasional (EON) kembali dengan pesta automotif paling meriah, EON Year-End CAR-NIVAL!

Tiga hari penuh kejutan dengan promosi luar biasa, dan peluang menang hadiah bernilai besar menanti anda sepanjang 14 hingga 16 November 2025 di semua bilik pameran EON seluruh Malaysia, termasuk beberapa lokasi jelajah promosi terpilih.

Tidak kira sama ada anda pemburu sedan sporty, peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak, atau sedang mengintai kenderaan elektrik (EV) moden, inilah masa terbaik untuk pulang dengan kereta baharu pada harga luar biasa, berserta pelbagai ganjaran menarik.

3 Hari Penuh Tawaran, Hadiah Nilai Besar

Bayangkan dapat penjimatan hingga RM40,000 untuk model terpilih dan peluang memenangi kredit RM100,000 bagi pembelian kereta baharu seterusnya!

Caranya mudah: tempah kereta anda ketika karnival, daftar sebelum 30 November 2025, dan anda akan layak automatik untuk cabutan bertuah utama!

Malah EON Year-End CAR-NIVAL turut menawarkan:

  • Rebat dan diskaun hingga RM40,000* untuk model terpilih
  • Kadar faedah serendah 1.66% untuk pembiayaan terpilih
  • Nilai tukar beli yang tinggi untuk kereta lama
  • Hadiah misteri dan eksklusif untuk pengunjung yang membuat pandu uji
  • Aktiviti menarik dan permainan keluarga di bilik pameran terpilih
  • Hot Wheels percuma! Ya, setiap pandu uji layak menerima Hot Wheels edisi khas!*

Sorotan Jenama Bawah EON

EON bukan sekadar satu jenama, sebaliknya wakil pengedar yang menjual pelbagai jenama automotif hebat seperti Proton, Proton e.MAS, smart, Mitsubishi, Audi dan Volkswagen. Setiap jenama membawa tawaran dan aktiviti eksklusif tersendiri sempena CAR-NIVAL kali ini.

i. Proton, Proton e.MAS: Kuasa Baharu Buatan Malaysia

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Proton
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025

Kepada yang menunggu Proton Saga serba baharu, inilah masa terbaik membuat tempahan! Harga tentatif bermula sekitar RM40,000 – RM50,000, dan bagi tempahan yang dibuat antara 14-16 November ini, pelanggan layak menerima set eksklusif Dodomat x EON secara percuma.

Jika anda masih meminati Saga MC2 atau mahu mencari unit demo X70 pada harga istimewa, semua model itu ada di sini!

Kepada peminat EV pula, Proton e.MAS menawarkan kadar faedah istimewa serendah 1.68% untuk e.MAS 7 dan 1.77 peratus untuk e.MAS 5. Kalau belum pernah memandu uji e.MAS 5, di sinilah tempatnya yang anda wajib cuba!

Ramai kata, handling EV ni memang sedap!

ii. smart: Gaya Bandar, Teknologi Pintar

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | smart

Model terbaharu smart #5 kini dipamerkan buat kali pertama bersama smart #3. Nak tahu apakah tawaran paling menarik?

Jika anda dapat rujuk kawan untuk beli smart, boleh terus dapat ganjaran tunai RM500! Tak perlu buat apa-apa pun, cuma ajak kawan anda datang beli saja. Simple, tapi lumayan.

iii. Mitsubishi: Lasak, Bergaya dan Penuh Ganjaran

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Mitsubishi

Tahun ini Mitsubishi tampil all-out! Daripada Triton baharu yang gagah hingga Xpander yang mesra keluarga, semua sedia untuk anda pandu uji.

Jika tempah Mitsubishi hujung minggu ini, anda berpeluang menang telefon pintar iPhone 17, vakum Dyson, jam pintar Galaxy Watch 7 dan pelbagai hadiah lain melalui cabutan bertuah eksklusif!

iv. Volkswagen: Gaya Premium, Tawaran Maksimum

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Volkswagen

Jika anda sudah lama mengidam Volkswagen, inilah masanya. Tempahan yang dibuat antara 14 hingga 16 November melayakkan anda menikmati diskaun hingga RM40,000 untuk model terpilih!

Jangan terlepas peluang bertemu pelakon terkenal, Pekin Ibrahim, di bilik pameran Volkswagen pada 15 November 2025!

Volkswagen turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti telefon pintar iPhone 17, konsol mainan PS5 dan tablet Galaxy Tab S9!

v. Audi: Kemewahan Taraf Dunia

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Audi

Kepada peminat Audi pula, EON menawarkan sesuatu yang luar biasa, iaitu tiket konsert Healing Nite (Diamond Seat) bernilai RM600 seorang untuk 10 pelanggan bertuah!

Bayangkan beli kereta baharu, dan terus dapat pengalaman menikmati konsert eksklusif malam itu. Memang class OK!

Lebih daripada Sekadar Jualan, Ini Pesta Gaya Hidup Automotif!

EON Year-End CAR-NIVAL bukan sekadar jualan kereta, ini pengalaman komuniti automotif yang penuh gaya dan keseronokan.

Datanglah bersama keluarga untuk menikmati suasana meriah di bilik pameran, meneroka model terkini, dan alami sendiri servis mesra daripada pasukan jualan profesional EON yang akan membantu anda dari sesi pandu uji hingga penghantaran kenderaan.

Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri automotif Malaysia, EON kekal sebagai jenama dipercayai rakyat yang sinonim dengan nilai, servis berkualiti, dan tawaran berbaloi.

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Lokasi
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Lokasi

Promosi eksklusif EON Year-End CAR-NIVAL berlangsung hanya tiga hari, 14 hingga 16 November 2025, dari jam 10 pagi hingga 5 petang di semua bilik pameran EON seluruh negara.

Ada penjimatan besar, hadiah menarik, kadar faedah rendah, dan peluang menang kredit RM100,000 menanti!

Jadi, tunggu apa lagi?

Kunjungi bilik pameran EON terdekat, atau layari www.eon.com.my untuk maklumat lanjut dan senarai lokasi CAR-NIVAL berhampiran.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran bergantung model dan stok semasa.

Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Audi
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Lokasi
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Lokasi
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Proton
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | smart
Kempen EON Year-End CAR-NIVAL 2025 | Volkswagen
Auto Terkini EON EON Year-End Car-Nival Promoso EON Hujung Tahun
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.