Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tambang Feri Baharu Pulau Pinang Mula Hari Ini, RM1 hingga RM2.50 Sahaja
Auto Terkini

Tambang Feri Baharu Pulau Pinang Mula Hari Ini, RM1 hingga RM2.50 Sahaja

Han OthmanBy Han Othman07/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TINJAUAN pengguna mendapati kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini sebagai berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan ditawarkan.

Tinjauan Bernama di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth mendapati kebanyakan pengguna menerima baik kadar tambang bermula RM1 hingga RM2.50 sehala itu.

Seorang pengguna feri, Ahmad Noor Omar, 55, berkata, harga tambang feri baharu yang dikenakan tidak membebankan kerana keadaannya kini lebih selesa dan baik berbanding feri lama.

Pada saya harga tambang yang dikenakan berpatutan, malah sekarang feri baharu ini juga selesa dan ada penyaman udara semua … tempat duduk pun baik, malah perjalanan ambil masa 10 minit saja setiap hala.

“Kalau feri lama dulu, hampir 30 minit juga setiap perjalanan dan kalau kita tengok bukan saja keadaan dalam feri selesa, tapi tempat menunggu juga selesa … (kekerapan) feri baharu ini pun cepat, kami tak perlu menunggu lama untuk setiap feri,” katanya.

Dini Rahman, 27, yang tinggal di Tasek Gelugor pula berkata, dia sekeluarga mengambil peluang menaiki feri dengan suami dan anak perempuan bagi merasai suasana dan pengalaman menaiki feri baharu.

“Dulu memang selalu naik feri lama kerana berulang-alik kerja dan hari ini memang nak naik feri baharu, tambang pada saya murah dan berpatutan,” katanya.

Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata, dia  memilih menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik dari pulau ke seberang dan sebaliknya, walaupun perlu membayar RM2.50 sehala kerana lebih selamat.

Hari ini baru mula bayar, pada saya harga okay kerana perkhidmatan (feri) baru dan yang penting naik feri ini boleh relaks sikit sebab kita duduk saja tahu-tahu sudah sampai … kalau guna jambatan walaupun percuma tapi (ada risiko) bahayalah,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Semalam, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa hari ini bermula serendah RM1 hingga RM2.50 sehala.

Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki berusia 12 tahun ke bawah, manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula dikenakan tambang RM2.

Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga dikenakan caj RM2, manakala penunggang motosikal perlu membayar tambang RM2.50.

PPSB turut menyediakan pas bulanan yang menawarkan diskaun kepada pengguna setia feri, iaitu pejalan kaki yang memegang MyKad sebanyak 50 peratus hingga 31 Disember nanti. Selepas itu, diskaun 30 peratus bermula 1 Januari 2024.

Inisiatif ini bertujuan memberi lebih nilai tambah dan kemudahan kepada penumpang setia feri.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Feri Baharu Pulau Pinang Feri Pulau Pinang Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) Penang Port Sdn Bhd (PPSB) survei Tambang Feri Baharu Pulau Pinang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

02/04/2026
Roda2

HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

02/04/2026
Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
Auto Terkini

Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

02/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

By Syafie27/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.