• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Tahan Sedih Viva Kena Langgar Lari Motor, Gadis Menangis Teresak-Esak

Tak Tahan Sedih Viva Kena Langgar Lari Motor, Gadis Menangis Teresak-Esak

April 19, 2022 By Farah Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG gadis menangis teresak-esak apabila melihat Perodua Viva miliknya kemek dan calar disebabkan kecuaian seorang penunggang motosikal.

Video luahan sedihnya itu dimuat naik di akaun TikToknya, Farihaholmes yang menarik perhatian ramai hingga mendapat lebih sejuta tontonan.

@farihaholmesLelaki naik LC silver, pakai jaket warna biru mungkin keja kilang , helmet wrna silver, gemok sikit. Hang langgaq aku, aku bukan orang kaya weh😭♬ original sound - Maye - m a y a 🦄

Menurut gadis itu, dia sudah memberikan signal belok untuk masuk simpang, tetapi tiba-tiba datang sebuah motosikal melanggar keretanya. Apa mengecewakan, dia sudah menyuruh penunggang itu tunggu sebentar, tetapi tidak dihiraukan dan terus berlalu meninggalkannya.

Farihaholmes turut memberikan gambaran suspek penunggang yang melanggar keretanya, iaitu berbadan berisi, memakai helmet biru cair dan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC kelabu.

Video itu menarik perhatian netizen lelaki yang berpendapat kesan kemek itu hanya masalah kecil untuk ditangiskan.

Kamek sikit jah tu takkan nak menangis tak berlagu. Hahaha," kata Saufi_Nyna

"Sabar awak sabar.. Cakap dulu baru nangis. Hahahha jangan marah tau. Sumpah kelakar," kata Fajrul Azroy.

"Kehebatan seorang wanita, tengah nangis pun boleh rakam siak... Hahahaha," kata Kauthar Zaffrin.

Mungkin bagi orang lain nampak kecil saja, tapi bagi mereka yang tiada bajet untuk membaik pulih, memang besar perasaan sedih dirasai. Lebih-lebih lagi kalau kita jenis sayang kereta. Kan.

BACA>>> Lepas RON95, Pemandu Singapura Kantoi Pula Curi Cas Kereta Elektrik di Shell Recharge
BACA>>> Remaja Cari Nahas! Lepak Baring Tengah Jalan Siap Lastik Kereta Datang

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: motor lc, Viva

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my