• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Puas Hati Prototaip 2023, Marquez Mungkin Tinggalkan Honda?

Tak Puas Hati Prototaip 2023, Marquez Mungkin Tinggalkan Honda?

December 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARC Marquez mungkin meninggalkan Repsol Honda jika pasukan itu tidak mampu menyiapkan jentera yang layak memenangi gelaran juara dunia. Malah adik pelumba itu, Alex Marquez mendakwa abangnya sebenarnya sudah 'panas hati' untuk musim depan.

Alex sudahpun tidak bersama LCR Honda dan akan tampil sebagai pelumba Gresini Ducati musim depan. Justeru jika dapat memujuk abangnya itu berpindah, ia pasti akan jadi detik perpindahan penting dalam MotoGP.

BACA >>> Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!
BACA >>> Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?

Ujian pra-musim di Valencia baru-baru ini menunjukkan reaksi berbeza, yang mana Alex nyata lebih gembira dengan debut bersama Ducati. Sebaliknya Marquez dilaporkan kehilangan kata-kata dengan tahap perkembangan prototaip RC213V musim 2023.

Alex mendedahkan kepada La Gazzetta dello Sport;

Kami dalam kereta sama dan tidak bercakap sepatah pun. Marc memang marah. Aku tanya dia ada cuba benda baharu tak, dia kata ya, tapi tak ada sebarang hasil.

"Aku pun bagitau, Ducati kali ini berbeza. Dia abang aku, tapi aku pun nak kalahkan dia."

Marquez memenangi enam kali kelas premier Kejuaraan Dunia MotoGP, tetapi masih di bawah rekod Valentino Rossi (tujuh kali) selepas dibelenggu masalah kecederaan dan kemajuan jentera.

Repsol Honda mengharungi musim 2022 dengan prestasi kurang memberangsangkan. Di Jerman, pasukan itu gagal mengutip sebarang mata buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun.

Marquez juga terlepas banyak perlumbaan musim 2022 kerana menjalani pembedahan. Namun, beliau juga satu-satunya pelumba Honda yang mengumpul mata tertinggi.

Alex berkata lagi;

Aku rasa jika Honda ambil langkah ke depan, Marc takkan berpisah.

"Sebabnya, itulah pasukan yang dia sentiasa lumba bersama, pasukan sama yang menunggu dan hormat dia ketika dia cedera. Tapi kalau motor tu bukan untuk bakal juara, mungkin berlaku sesuatu (tinggalkan Honda)."

BACA >>> Pedrosa: Strategi Lumba Rossi Bukan Mahu Laju, Tapi Kacau Mental Lawan
BACA >>> Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015
BACA >>> Nasib Badan, Lepas Langgar Marquez, Quartararo Kemalangan Kali Kedua di Aragon

SUMBER: Crash

Artikel Berkaitan

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Marquez, Auto Terkini, Honda Racing (HRC), Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
    Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!
    Penemuan Ajaib di Kuantan, PBT Jumpa Bangsal Kereta Tengah Jalan!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my