• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Nak Turun Ambil Makanan dan Tak Nak Rider Naik Hantar, Rupanya Guna Baldi

Tak Nak Turun Ambil Makanan dan Tak Nak Rider Naik Hantar, Rupanya Guna Baldi

January 11, 2022 By Farah Leave a Comment

462
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEWUJUDAN aplikasi e-hailing hari ini memudahkan orang ramai membeli makanan secara atas talian tanpa perlu keluar rumah. Cuma guna telefon pintas, pilih apa saja makanan disukai, bayar dan tunggu saja makanan sampai depan pintu rumah.

Namun, bagi mereka yang tinggal di pangsapuri tanpa lif (biasanya lima tingkat ke bawah ), kadangkala rasa kasihan juga kepada penghantar makanan (rider) yang terpaksa bersusah-payah naik tangga untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Tambahan lagi kalau rumah kita di tingkat paling atas.

@anasmansor99 Jauhi covid, dekati saya 🤭 #foodpandamalaysia ♬ original sound - Abang Panda

Memahami kepayahan dilalui rider penghantar makanan, seorang pelanggan FoodPanda menggunakan cara unik yang tidak memerlukan dia turun tangga, dan rider pula tidak perlu naik tangga ke rumahnya.

Cara itu dikongsi seorang rider dalam menerusi akaun Tiktoknya, Abang Panda yang awalnya hairan apabila pelanggannya itu tidak membenarkan dia naik ke atas dan pada masa sama memberitahu dia juga tidak turun untuk mengambil makanan.

Rupanya pelanggan itu menggunakan baldi yang diikat tali dan diturunkan dari tingkat atas untuk mengambil makanan. Cara unik tersebut pantas menarik perhatian ramai yang memuji  pelanggan itu bijak dan berfikir di luar kotak.

@syakip_izzry Customer Terbaikk Laporrpoo #fyp #zamzamalakazam #fooddelivery ♬ original sound - Abang Panda

Itu juga bukan kali pertama, ada juga video lain dikongsikan yang menunjukkan pelanggannya menggunakan cara sama, cuma tidak menggunakan baldi,  tetapi karung kain. 😆

Cara itu bukan saja pantas dan mudah, tetapi juga mematuhi saranan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Ramai netizen turut menyarankan pelanggan yang duduk di pangsapuri tanpa lif meniru idea tersebut bagi memudahkan kerja rider menghantar makanan.

Kata netizen, kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita. Gittew! Video dikongsi itu ditonton lebih 1.6 juta dan turut dikongsi di platform media sosial lain.

BACA>>>  Hati-Hati Trik Menyamar Jadi 'Rider' untuk Curi Makanan!
BACA>>> #Videotomotif: Tun M Beli Makanan Guna GrabFood

SUMBER: TikTok Anasmansor99

462
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Foodpanda, GrabFood, guna baldi, Penghantar Makanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my