• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Dapat Duduk Sebelah Kekasih, Lelaki Mengamuk Sampai Pesawat Patah Balik

Tak Dapat Duduk Sebelah Kekasih, Lelaki Mengamuk Sampai Pesawat Patah Balik

December 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PESAWAT Spring Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, selepas tercetus pertengkaran membabitkan seorang penumpang lelaki dengan kru kabin gara-gara isu tempat duduk.

Kejadian berlaku pada penerbangan IJ005 yang berlepas dari Narita menuju ke Shanghai, China pada Isnin apabila penumpang terbabit bertindak mengamuk selepas tidak dibenarkan duduk bersebelahan dengan kekasihnya.

Menurut laporan Guang Min Daily, permintaan penumpang itu untuk menukar tempat duduk ditolak kru kabin selepas lelaki berkenaan enggan membayar bayaran pertukaran tempat duduk yang ditetapkan syarikat penerbangan.

Pertengkaran mulut antara penumpang tersebut dan kru kabin dilaporkan berlarutan hampir dua jam sebaik pesawat berlepas, sehingga suasana dalam kabin menjadi tegang.

Seorang pembantu penerbangan yang sudah hilang sabar bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Narita,” jelas laporan tersebut.

Sejurus pesawat mendarat, penumpang lelaki itu terus diiringi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Penumpang Lain Terkandas

Insiden berkenaan menyebabkan puluhan penumpang lain terpaksa bermalam di lapangan terbang, sekali gus mengganggu perjalanan mereka ke Shanghai.

Sebagai pampasan, Spring Airlines dilaporkan memberikan ganti rugi sebanyak 10,000 yuan (kira-kira RM5,841) seorang kepada penumpang yang terjejas.

Ops Patah Balik Bukan Isu Ringan

Dalam dunia penerbangan, keputusan untuk berpatah balik bukan langkah biasa dan lazimnya hanya dibuat atas faktor keselamatan penerbangan, termasuk gangguan penumpang yang boleh membahayakan kru serta penumpang lain.

Kes ini sekali gus menjadi peringatan bahawa kelakuan tidak terkawal di dalam pesawat boleh mendatangkan kesan besar - bukan sahaja kepada pelaku, malah kepada semua penumpang yang terlibat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Shanghai, Spring Airlines, Tokyo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my