Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tahun Baru Cina: Boleh Makan Besar Tidak Lebih 15 Ahli Keluarga dalam Radius 10km
Auto Terkini

Tahun Baru Cina: Boleh Makan Besar Tidak Lebih 15 Ahli Keluarga dalam Radius 10km

Han OthmanBy Han Othman07/02/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN menerusi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) membenarkan makan besar keluarga tidak lebih 15 ahli keluarga pada malam Tahun Baharu Cina pada 11 Februari nanti, dan terhad kepada mereka yang tinggal dalam radius 10km tanpa rentas daerah atau negeri.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini dengan dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju meluluskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sempenan sambutan Tahun Baharu Cina.

Mesyuarat turut bersetuju aktiviti keagamaan di rumah ibadat dibenarkan pada 11, 12 dan 19 Februari dan tertakluk kepada SOP ketat seperti:

  • Jumlah kehadiran penganut di rumah ibadat tidak lebih 30 orang pada satu-satu masa
  • Wajib memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal
  • Tempoh masa sembahyang 30 minit dan diselangi kerja sanitasi selama 30 minit sebelum masa sembahyang berikutnya.
  • Masa sembahyang bermula jam 6 pagi hingga 2 petang saja
  • Aktiviti sembahyang pada sebelah malam 19 Februari dibenarkan di halaman rumah masing-masing, mengikut tradisi etnik Hokkien sempena Tahun Baharu Cina.

Pegawai-pegawai perpaduan yang dilantik sebagai pegawai pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), akan melakukan pemantauan pematuhan SOP ditetapkan.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Covid-19 Kementerian Perpaduan Negara (KPN) PKP 2.0 Prosedur Operasi Standard (SOP) SOP SOP Tahun Baru Cina 2021 Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina 2021
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.