Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib30/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM penyaman udara untuk ruang kabin kereta menggunakan dua mod kitaran udara berbeza, iaitu udara segar (fresh air), dan kitaran udara dalam (circulation).

Cara  memilih mod pula semudah mengalihkan panel butang berbentuk tombol atau menekan punat dengan simbol seperti di bawah ini:

Mod kitaran semula udara
Mod udara segar

Tombol atau punat itu akan membuka ventilator untuk aliran masuk udara ke sistem penyejukan kereta. Udara yang masuk ke sistem penyaman udara akan disalurkan ke ruang kabin dalam kereta. Ini bermakna udara itu akan turut membawa debu, bau dan bendasing lain. Jadi, jurutera kenderaan menempatkan penapis kabin (cabin filter) di dalam sistem ini.

Penapis kabin sering tidak diketahui kewujudannya. Tidak kurang juga pemilik kenderaan salah faham dan keliru dengan penapis udara (air filter) di ruang enjin. Malah, fungsi penapis kabin yang hanya menapis udara juga menyebabkan sesetengah pengeluar mengeluarkan kereta model aras mula tanpa penapis kabin.

Kesan udara kabin untuk model itu semestinya tidak bagus kerana kita boleh terhidu macam-macam bauan. Namun, pemilik model itu masih diberikan pilihan untuk menambah fungsi penapis kabin dengan kos ditanggung sendiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

FUNGSI PENAPIS KABIN

Penapis yang lama digunakan akan mengumpul debu.
Penapis Kabin Biasa vs Arangbapoius

Penapis kabin yang sudah lama digunakan akan mengumpul debu dan habuk, termasuk menyerap bau persekitaran. Ada penapis kabin yang menggunakan arang sebagai material pembuatan sebagai agen meneutralkan bau.

Penapis kabin akan mengumpul debu pada permukaan penapis. Penggunaan dalam jangka masa lama yang seiring pemanduan semasa, penapis kabin akan kotor, sekali gus mengurangkan keberkesanan tapisan. Ini membuatkan pemanduan rasa tidak selesa. Jadi, segeralah menukar penapis kabin baharu atau lakukan kerja-kerja membersihkan penapis kabin.

BILAKAH MASA SESUAI SERVIS PENAPIS KABIN?

Tahukah anda, pengeluar sebenarnya ada menyediakan masa penukaran penapis kabin dalam jadual penyelenggaraan sepanjang tempoh waranti. Boleh semak dalam manual atau buku servis.

Jangka masa disarankan berbeza mengikut model kereta. Namun, bolehlah disimpulkan masa yang sesuai menukar penapis kabin adalah dalam julat perbatuan antara 30,000km atau  40,000km. Anda juga boleh minta Pusat Servis menukar penapis kabin baharu walaupun tidak dinyatakan dalam jadual servis.

Harga pula mungkin berbeza mengikut jenis model kereta. Namun, anda masih boleh buat penyenggaraan sendiri. Cuma kalau penapis kabin itu sudah berberbau tidak menyenangkan, lebih baik tukar baharu.

DI MANAKAN PENAPIS KABIN DISIMPAN?

Penapis kabin biasanya terletak di belakang laci kabin (glove box) atau di bawah panel instrumen. Jika tidak pasti, anda boleh rujuk buku manual kereta. Kedudukan penapis udara juga berbeza mengikut model kereta, termasuk saiz dan bentuk fizikal. Jalinan kain nipis menjadikan penapis kabin berkesan menapis debu dan habuk termasuk bendasing kotor dalam udara.

CARA BERSIH PENAPIS KABIN

Anda perlu tanggalkan penapis kabin. Sebelum itu, keluarkan segala khazanah dalam laci kabin supaya mudah ditanggalkan dengan menekan bahagian dalam dan melepaskan penyendal.

Jangan takut ‘berkasar’ sikit, sebab memang struktur laci kabin agak tahan lasak untuk ditekan. Apabila dibuka, kebiasaannya anda dapat lihat ada satu slot yang diisi penapis kabin. Ada juga model kenderaan yang ada pengadang untuk menahan penapis kabin daripada bergerak. Pengadang ini perlu di buka bagi mengeluarkan penapis kabin dari slot.

1. Cara Pertama

Penapis kabin boleh dikeluarkan perlahan dan diletakkan luar kereta. Kalau boleh pakai pelitup muka kerana ada debu akan berterbangan. CARA PERTAMA yang biasa dilakukan mekanik bengkel adalah guna kompresor angin untuk menyahkan debu dan habuk.

Disebabkan tiada kompresor angin di rumah, anda boleh gunakan vakum untuk menyedut debu pada penapis kabin. Cuma tahap bersih dan nyah debu itu mungkin tidak serapi menggunakan kompresor angin. Vakum juga boleh digunakan untuk membersihkan saluran dan lokasi slot penapis kabin.

2. Cara Kedua

CARA KEDUA, anda boleh basuh penapis kabin menggunakan air dan sabun. Cara ini hanya sesuai mengikut jenis penapis kabin kereta anda kerana tidak semua boleh dibasuh dan disental dengan span. Sentalan pula perlu lemah-lembut supaya struktur penapis kabin tidak rosak.

Jika guna air, keringkan dulu atau jemur bawah matahari. Selepas dibersihkan dan dikeringkan (kalau guna cara kedua), semburlah penapis kabin dengan penyegar udara khas yang boleh dibeli di kedai aksesori atau spa kereta.

Apabila selesai, dan semburan penyegar sudah kering, masukkan kembali penapis kabin pada slot. Kemudian tutup semula laci kabin dan hidupkan enjin dan sistem penyaman udara macam biasa. Anda pasti rasa ada perbezaan.

KAEDAH PENUKARAN

Kalau sudah hitam teruk macam tu, eloklah diganti baharu.

 

Kalau rasa kurang yakin dengan proses pembersihan, boleh juga tukar saja penapis kabin baharu. Pertama, beli penapis kabin di pusat servis atau kedai alat ganti. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan kos upah.

Cara tukar sama seperti cara pertama dan kedua di atas. Keluarkan penapis kabin lama dan bersihkan slot dan ruang penapis kabin, termasuk salur udara. Kemudian, masukkan penapis kabin baharu dan selesai selepas menutup semula laci kabin. Penapis udara baharu juga boleh disembur dengan penyegar khas.

Penyenggaraan dan penukaran penapis udara sedikit sebanyak meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang. Jadi, sentiasa pastikan penapis kabin anda dalam keadaan baik. Ini secara tidak langsung akan menstabilkan prestasi sistem penyaman udara, manakala udara yang masuk lebih baik.

Jika anda tinggal di kawasan berdebu, kemungkinan besar anda perlu memeriksa keadaan penapis kabin lebih kerap. Saranan kami, lakukan setiap enam bulan sekali.

* Tip Tambahan: bagi yang membeli durian, kalau boleh jangan guna sistem penghawa dingin. Memang susah nak hilang bau.

autotainment Cabin Filter glove box Laci Kabin Penapis Kabin penyaman udara Tentang Penapis Kabin tip
Talib

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.