Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Kecederaan ‘Arm Pump’ dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Kecederaan ‘Arm Pump’ dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASTI ramai tertanya-tanya mengenai kecederaan tangan dinamakan ‘pam lengan’  (arm pump) dialami Fabio Quartararo, semalam.

Ini kerana pelumba Monster Energy Yamaha itu tidak mengalami sebarang kemalangan, tetapi tiba-tiba prestasinya merosot mendadak hingga menyebabkan dia terlepas peluang meraih podium. 

Sebenarnya, kecederaan arm pump memang antara masalah yang kerap dialami pelumba motosikal seperti MotoGP dan Motocross. Pelumba lain seperti Jack Miller, Iker Lecuona dan Dani Pedrosa juga pernah mengalami kecederaan sama. 

APAKAH ARM PUMP?

Istilah perubatan untuk kecederaan arm pump ialah Sindrom Kompartmen Tekanan Kronik (Chronic Exertional Compartment Syndrome, CECS), atau dalam kes lebih serius dipanggil Sindrom Kompartmen Akut (Acute Compartment Syndrome, ACS).

Kecederaan tersebut berpunca daripada penggunaan sesuatu anggota badan secara berlebihan. Bagi pelumba MotoGP, mereka kerap mengalami masalah tersebut pada lengan, manakala pelari pula pada bahagian kaki.

Apabila mengalami kecederaan tersebut, seseorang pelumba itu akan diserang rasa sakit beberapa minit ketika menunggang dan mula berkurangan apabila selepas 20 minit berhenti melakukan aktiviti berkenaan tanpa meninggalkan kesan jangka panjang pada lengan.

Pelumba MotoGP yang mengalami kecederaan ini dapat dikesan berdasarkan kesan parut panjang sepanjang lengan.

BAGAIMANAKAH ARM PUMP BERLAKU?

Bahagian otot kita disaluti membran tidak boleh regang dipanggil fascia. Tekanan yang dikenakan ke atas otot akan menambahkan saluran darah. Ini kerana otot boleh mengembang hingga 20 peratus, sebaliknya fascia tidak elastik dan akan menjadi ketat hingga menyempitkan saluran darah. 

Situasi tersebut akan menyebabkan seseorang itu rasa sangat sakit hingga menjejaskan prestasi anggota yang cedera itu. Pelumba juga mungkin rasa kebas dan lemah, iaitu kondisi yang tidak dimahukan penunggang motosikal kuasa besar.

Bagaimanapun, kecederaan itu sangat tidak berisiko untuk memberikan kerosakan kekal pada anggota badan.

BAGAIMANA ARM PUMP DIKESAN?


Antara cara terbaik mengesan arm pump adalah menggunakan sistem Ujian Tekanan Kompartmen (Compartment Pressure Testing, CPT) sebagai teknik paling invasif.

Caranya, jarum yang bersambung dengan sistem CPT akan dimasukkan dalam anggota cedera dan akan distimulasi untuk menguji tekanan dalam kompartmen otot. Tonton video diatas, lihat minit 2:36.

Bagaimanapun, teknik kurang invasif terbukti lebih berkesan dalam mengesan arm pump dengan menggunakan teknologi pengesanan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang boleh menguji isi padu cecair kompartmen ketika digunakan.

Teknologi itu, dinamakan Sepektroskopi Inframerah Dekat (Near Infrared Spectroscopy, NIRS) dapat mengukur jumlah oksigen dalam darah pada bahagian tisu cedera, sekali gus membantu menentukan sama ada saluran darah pada kompartmen otot tersebut kurang atau tidak. 

Teknik rawatan baharu itu adalah paling baik untuk pelumba MotoGP kerana mengurangkan masa diperlukan untuk pulih.

BAGAIMANAKAH ARM PUMP DIRAWAT?

Satu-satunya pilihan adalah menjalani pembedahan dipanggil Fasciotomi (Fasciotomy), iaitu menoreh membran fascia untuk mengurangkan tekanan.

Jika tempoh pemulihan untuk orang biasa adalah sekitar enam minggu, tetapi hanya beberapa minggu diperlukan untuk pelumba MotoGP kembali berlumba seperti biasa. 

Ini kerana prosedur dilakukan adalah dalam bentuk pembedahan lubang kunci (keyhole surgery) untuk mengurangkan masa pemulihan. Namun, tiada jaminan prosedur itu akan berkesan dan dalam kes tertentu, torehan yang dibuat akan sembuh bersama tisu lain.

Situasi itu bermasalah kerana pembedahan perlu dilakukan sekali lagi. Rawatan seperti pengurangan sakit, rejim latihan dan merehatkan anggota badan bukanlah rawatan jangka panjang dan tidak bagus untuk pelumba MotoGP kerana kehilangan sedikit abiliti untuk menggunakan brek dan terotel boleh mendatangkan bahaya. 

Pelumba yang menunjukkan tanda-tanda arm pump akan terus diuji dan dibedah jika perlu. 

Miller (kiri) dan Pedrosa pernah menjalani rawatan memulihkan kecederaan arm pump.

Walaupun tiada kesan kekal, arm pump juga jenis kecederaan yang tidak boleh dibiarkan pelumba. Kehadiran teknologi terkini dan kredibiliti doktor MotoGP terkenal seperti Dr Xavier Mir membolehkan pelumba yang mengalami kecederaan itu kembali mengasah trek secepat mungkin.

BACA >>> Masalah Lengan Punca Quartararo Merosot
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

SUMBER: IntentsGP.com

ACS Acute Compartment Syndrome Arm Pump CECS Chronic Exertional Compartment Syndrome Fabio Quartararo Kecederaan MotoGP Kecederaan Pam Tangan MotoGP Pam Tangan Sindrom Kompartmen Akut (ACS) Sindrom Kompartmen Tekanan Kronik (CECS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.