Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Injap Desmodromic Ducati yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Injap Desmodromic Ducati yang Perlu Anda Tahu

WahidBy Wahid10/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA pasti pernah mendengar istilah ‘Desmo’ yang sinonim dengan motosikal Ducati, iaitu singkatan kepada ‘desmodromic valve actuation’ (tren injap desmodromic).

Desmodromic ialah metod buka dan tutup injap enjin 4-lejang. Maksudnya, injap masukan (intake) dibuka dan ditutup untuk menyuapkan bahan api-udara bagi memerangkap campuran tersebut dalam kebuk pembakaran dalam lejang mampatan (compression) dan lejang kuasa (power), serta akhirnya injap ekzos dibuka supaya gas ekzos ditolak keluar.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

Injap Desmodromic Ducati

Jadi, matlamatnya sama dalam asas enjin pembakaran dalaman, cuma metod saja berlainan. Sebelum kita melihat fungsi tren injap (valve train) Desmo lebih terperinci, kita harus mengetahui tren injap normal dahulu.

BACA >>> #Videotomotif: Bunyi Enjin V4 Ducati Lebih Mengancam?

Tren Injap Biasa (Tanpa Desmo)

Asas tren injap enjin 4-lejang terdiri daripada injap, spring injap, dan aci sesondol (camshaft). Ada juga enjin menggunakan lengan rocker (rocker arm), tepet dan shim. Setiap camshaft ada sesondol (cam) berbentuk bujur dengan satu bahagian lebih tinggi. Injap pula dipasangkan spring, dan ada penahan spring (retainer) diletakkan atas injap.

Kemudian, semua komponen itu dipasangkan atas pelana spring injap (valve seat) pada blok enjin. Spring itu pula berada dalam keadaan tegang dan menolak valve seat dan retainer. Hasilnya, injap ditarik ke atas dan menutupi liang masukan dan liang ekzos.

Dalam enjin aci sesondol atas (OHC – overhead cam), camshaft diletakan atas injap. Cam akan berputar apabila enjin dihidupkan, dan apabila bahagian cam lebih tinggi menyentuh atas injap, ia menolak injap ke bawah dan melawan ketegangan spring.

Apabila injap masukan dibuka, campuran bahan api-udara akan disuapkan ke dalam kebuk pembakaran atas piston. Apabila bahagian tajam cam melepasi bahagian atas injap, spring injap akan menarik injap ke atas dan menutupi liang masukan bagi memerangkap campuran bahan api untuk dimampat dan dibakar.

Apabila selesai lejang mampatan dan lejang pembakaran, tiba pula cam ekzos menolak injap ekzos untuk dibuka supaya gas hasil pembakaran dapat dilepaskan. Seperti biasa, injap itu akan ditutup apabila spring menarik semula injap ke atas. Sistem injap itu adalah sistem yang mudah difahami dan dihasilkan dengan kos lebih murah.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

Kekurangan Tren Injap Normal

Pada rev enjin setinggi 10,000rpm, kedua-dua injap masukan dan ekzos akan dibuka-tutup 5,000 kali seminit yang bersamaan 83 kali sesaat!

Pada halaju enjin lebih tinggi seperti jentera MotoGP yang meligat setinggi 18,000rpm, inersia buka-tutup injap boleh melangkaui ketegangan spring injap. Apabila situasi itu berlaku, semua injap tidak dapat ditutup sepenuhnya. Situasi itu menyebabkan campuran bahan api terkeluar melalui liang ekzos, manakala gas ekzos boleh ditarik semula ke dalam kebuk pembakaran dan bercampur bahan api.

Simptom valve float kerap menimpa tren injap normal.

Simptom itu dipanggil apungan injap (valve float) dan antara punca utama kenapa enjin tidak dapat menghasilkan kuasa maksimum lebih tinggi. Jika menggunakan spring  lebih lembut, injap pula terbuka terlalu awal dan berlaku valve float pada rev lebih rendah kerana ketegangan spring tidak cukup kuat untuk menutup injap secepat mungkin pada rev tinggi.

Sebaliknya, jika menggunakan spring lebih keras, komponen seperti camshaft dan cam perlu diperkuat, sekali gus menambah berat jentera. Malah, enjin boleh kehilangan kuasa untuk melawan ketegangan spring itu.

Sekarang, kita kaji pula tren injap ‘desmo’.

Latar Belakang Tren Injap Desmodromic

Walaupun tren injap Desmo sudah sinonim dengan Ducati, sistem tersebut sebenarnya bukan direka pengeluar dari Itali itu, tetapi ciptaan Gustav Mees pada 1896. Tren injap desmodromic hanya mula digunakan secara berkesan pada 1910 pada enjin kapal. Tren injap desmo dapat dioptimumkan kerana tren camshaft atas injap OHC baru saja diperkenalkan yang berupaya meledakkan kuasa setinggi 300hp.

Sistem Desmodromic menjadi terkenal apabila digunakan Mercedes-Benz pada enjin jentera lumba V8 era 50-an, termasuk 300SLR yang mendominasi siri perlumbaan Mille Miglia dan Formula Satu (F1) menerusi model W196. Enjin tersebut juga menggunakan teknologi suntikan bahan api (FI) dan sangat tahan lasak.

Jurutera Mercedes-Benz memilih tren injap Desmo kerana memahami cara pembuatan bahan logam (metalurgi) agak terhad ketika itu. Hasilnya, bahan logam membuat spring injap terlalu lemah dan spring injap pula sering hilang ketegangan atau terputus. Jika tidak terputus, masalah valve float kerap berlaku.

Ducati 125 GP Desmo

Pada 1956, jurutera Ducati terkenal, Fabio Taglioni menghasilkan jentera lumba Ducati 125 Desmo. Menurutmya, sistem tren injap desmo dapat mengekalkan pemasaan (timing) injap mengikut kelajuan enjin berbanding injap dengan spring. Maka bermulalah penggunaan sistem Desmodromic untuk Ducati.

Bagaimanakah Desmo Berfungsi?

Jika anda perhatikan, tren injap desmo tiada spring pada injap.

Sebaliknya, setiap injap dipasangkan kepada celah seakan garpu pada lengan jumpelang pada bahagian atas atau bahagian bawah. Aci sesondol pula berada di bahagian tengah di antara lengan-lengan jumpelang bagi kemasukan dan ekzos. Terdapat “roller” pada bahagian hujung lengan jumpelang di sebelah aci sesondol.

Apabila sesondol sampai ke bahagian jumpelang bahagian atas, daya tolakan daripada sesondol itu akan membuatkan lengan jumpelang itu menolak injap ke bawah dalam keadaan terbuka. Sesondol yang menyusuli menolak lengan jumpelang bahagian bawah dan lengan jumpelang itu menarik injap itu ke atas untuk menutup liang enjin.

Disebabkan menggunakan putaran camshaft dan tidak bergantung kepada ketegangan spring, buka-tutup injap kekal jitu walaupun rev tinggi. Inilah sebab kenapa enjin Desmosedici paling berkuasa dalam barisan jentera lumba MotoGP walaupun semua memiliki kapasiti 1,000cc sama dengan rev maksimum dihadkan pada 18,000rpm.

Ada khabar angin enjin Aprilia, Yamaha, Suzuki menghasilkan sekitar 260hp, manakala enjin Honda dan KTM menghasilkan sekitar 270hp. Enjin Ducati pula mampu menghasilkan sekitar 300hp!

Jadi, Kenapa Tidak Banyak Pengeluar Guna Tren Injap Desmo?

Selepas beberapa lama, kefahaman metalurgi dapat menghasilkan spring lebih baik yang tidak cepat kendur atau kehilangan daya ketegangan. Selain itu, spring lebih murah dihasilkan berbanding swingarm desmo.

Namun, faktor lebih ketara adalah tren injap desmo memerlukan kelegaan bahagian yang jitu. Proses buka-tutup injap sistem desmo akan mengalami ralat jika ada bahagian terhakis, khusus roller lengan jumpelang (rocker arm) yang selalu bergesel dengan syaf. Tambahan lagi, tepet juga tidak boleh terlalu nipis.

Inilah sebab Ducati menekankan kepentingan melakukan servis desmo tepat pada masa (biasanya antara 24,000 hingga 30,000km, bergantung model motosikal). Servis desmo sebaik-baiknya dilakukan mekanik terlatih dengan menggunakan perkakasan khas.

Mungkin ini juga sebab kenapa enjin Granturismo V4 yang digunakan di dalam model Multistrada V4 tidak lagi menggunakan tren injap desmo kerana pemiliknya mungkin membawa motosikal mereka ke ceruk dunia yang tiada kemahiran melakukan servis desmo.

Namun, jangan salah anggap cuma Ducati yang perlu diservis tren injap kerana semua motosikal (kecuali ada yang gunakan tepet hidraulik) wajib diperiksa dan dilaraskan kelegaan injap apabila tiba masa ditetapkan (biasanya antara setiap 20,000 hingga 40,000km mengikut jenis model).

Bezanya, spring injap  biasa masih boleh menarik tutup injap walaupun tidak sempurna jika tidak diselenggara. Malah, ada penunggang tidak pernah membuat servis pelarasan injap hingga lebih 80,000km dan hanya melakukannya apabila enjin rasa semput dan kerap mati.

BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Sport Adventure Paling Berkuasa, Ducati Multistrada V4 Pikes Peak Lancar, Harga RM120k

PENUTUP

Kami berharap anda mendapat maklumat bermanfaat daripada artikel ini. Sistem injap tanpa desmo sudah cukup baik bagi motosikal atas jalan kerana anda bukan sering mengasak motosikal sampai rev maksimum. Tambahan lagi, sistem injap berspring moden pun sudah agak baik.

Sebaliknya, istilah Desmo pula sudah jadi identiti penting buat Ducati. Inilah sebab pengeluar itu mengekalkan sistem berkenaan.

Akrapovič Designed For Ducati Performance Desmo Desmodromic Ducati Ducati Desmodromic Gustav Mees Injap Desmo tren injap Valve Train
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.