Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: TailorFit Dari Nissan, Nampak dan Rasa Seperti Kulit Tetapi Bukan!
Auto Terkini

#TahukahAnda: TailorFit Dari Nissan, Nampak dan Rasa Seperti Kulit Tetapi Bukan!

Abang HirataBy Abang Hirata25/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUNIA automotif hari ini dipenuhi kulit sintetik yang mempunyai beberapa kelemahan seperti tekstur yang kaku, permukaan yang terlalu berkilat dan jelas kelihatan tiruan.

Di sebalik itu, Nissan memperkenalkan TailorFit® yang mula digunakan secara meluas pada model tahun 2026 seperti Sentra SL dan Pathfinder SL pasaran Amerika Syarikat.

Kulit asli masih memberikan rasa yang sangat lembut dan ketahanan yang lama, namun kemajuan dalam sains bahan telah mengubah kulit sintetik menjadi sesuatu yang benar-benar premium.

TailorFit menawarkan rupa serta sensasi sentuhan premium menyerupai kulit tradisional, namun dengan satu kelebihan besar iaitu jauh lebih tahan kedutan untuk jangka masa panjang.

Rahsia di Sebalik Sentuhan TailorFit

Apa sebenarnya TailorFit ini? Ia merupakan bahan tempat duduk berasaskan poliuretana sintetik yang dibangunkan khusus untuk meniru haptik atau rasa sentuhan kulit konvensional.

Kulit asli dikenali dengan tekstur yang licin, rasa yang lembut serta keselesaan dalam pelbagai cuaca.

TailorFit dibangunkan dengan ciri-ciri tersebut dengan salutan permukaan yang unik dan memberikan sentuhan premium dan selesa.

Satu yang menarik, Nissan pernah menjalankan klinik dalaman di mana kakitangan mereka diminta menguji beberapa jenis kemasan kerusi merangkumi kulit asli, PVC, poliuretana biasa dan TailorFit tanpa diberitahu jenis yang digunakan.

Hasilnya, majoriti peserta lebih menggemari rasa sentuhan pada tempat duduk TailorFit berbanding pilihan yang lain.

Sains Mikro: Sentuhan Cap Jari

Perbandingan cap jari manusia dan corak TailorFit

Menurut Fernando Sarabia, pakar kejuruteraan tempat duduk Nissan yang berpengalaman lebih 22 tahun, perbezaan di antara kulit sintetik dan asli kini sudah terlalu sukar untuk dibezakan.

Salah satu sebab TailorFit terasa sangat lembut adalah kerana corak pada permukaannya mempunyai jarak yang hampir sama dengan alur cap jari manusia.

Perincian mikro inilah yang menghasilkan sensasi sentuhan yang lebih licin dan lembut. Selain faktor keselesaan, material ini dibangunkan untuk menyelesaikan masalah utama kulit asli iaitu kesan kedutan.

Melalui ujian simulasi keluar masuk kenderaan sebanyak beribu-kali, TailorFit terbukti kekal tegang dan kemas berbanding kulit asli yang biasanya mula menampakkan kesan lipatan atau pecah selepas penggunaan lama.

TailorFit vs Leatherette vs Prima-Tex

Nissan mempunyai beberapa jenis material sintetik. Berikut adalah perbezaan teknikal mengikut kelasnya:

  • Leatherette: Kategori bahan sintetik yang menawarkan kelembutan pada harga lebih mampu milik. Walaupun TailorFit adalah sebahagian daripada keluarga leatherette, versi biasa selalunya menggunakan campuran PVC, poliuretana atau kedua-duanya sekali.
  • TailorFit: Ini adalah bahan eksklusif Nissan yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan poliuretana tanpa sebarang campuran PVC bagi menjamin kualiti sentuhan yang paling tinggi.
  • Prima-Tex®: Material ini juga berasaskan poliuretana dengan ciri yang sangat hampir dengan TailorFit dari segi keselesaan dan ketahanan. Ia digunakan secara pada model SUV seperti Nissan Rogue serta Nissan Murano.

Mengapa TailorFit Lebih Praktikal Untuk Masa Depan?

Kulit asli VS TailorFit selepas diuji ribuan sekali

Walaupun kulit asli daripada kulit haiwan sangat premium, ia mempunyai cabaran besar dalam pembuatan.

Bentuk kulit haiwan yang tidak sekata menjadikannya sukar untuk dipotong dengan cekap, sekaligus menyebabkan banyak pembaziran material.

Sebaliknya, TailorFit dihasilkan dalam bentuk kepingan gulungan yang seragam.

Kecekapan ini membolehkan Nissan menawarkan kemasan dalaman yang sangat bergaya seperti gabungan warna kelabu dan biru dengan corak kuilt pada harga jualan yang lebih kompetitif.

Selain itu, TailorFit juga jauh lebih ringan. Bahan ini 50 peratus lebih ringan berbanding kulit asli dengan penjimatan berat sekitar 2.3 kg bagi setiap kenderaan.

Dalam skala pengeluaran beratus ribu unit, penjimatan berat ini memberikan impak besar kepada kecekapan kenderaan secara keseluruhan, sesuatu yang sangat penting untuk model elektrik (EV) dan hibrid.

Senarai Model Kenderaan (Pasaran Amerika Utara)

Kemasan TailorFit boleh didapati pada varian-varian terpilih bagi model berikut:

  • Nissan: Armada (SL), LEAF (SV+ dan Platinum+), Pathfinder (SL), serta Sentra (SL).
  • INFINITI: QX60 (Varian PURE, LUXE, dan SPORT) serta QX80 (Varian PURE).

Kredit foto: Nissan

Kulit asli VS TailorFit
Perbandingan cap jari manusia dan corak TailorFit

 

Nissan TailorFit
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke Siew Fook | LRT Rapid Rail
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.