Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya
Roda2

#TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak evolusi motosikal moden seperti kita semua tahu. Kebanyakan evolusi tersebut diambil daripada gaya klasik motosikal terdahulu. Salah satu daripada motosikal moden itu ialah street tracker, yakni sebuah jentera ramping yang pantas mengingatkan kita pada zaman perlumbaan trek rata.

Street tracker tampil dengan rupa seakan motosikal trek kotor, tetapi menawarkan ciri jentera dua roda yang sah bergerak atas jalan. Tanpa mengira motosikal itu dibina secara kustom ataupun dibeli daripada kedai, street tracker mampu membuatkan sesiapa saja yang mengaku peminat dua roda menolehkan kepala buat seketika.

STREET TRACKER PERTAMA

Legenda street tracker, Harley-Davidson XR750

Asal usul street tracker versi moden dapat dijejaki sekitar siri perlumbaan AMA Grand National Championship. Pada 1960-70-an, itulah antara siri perlumbaan motosikal berstatus premier yang kebanyakan acara berlangsung di litar tanah bujur dengan jarak panjang trek berbeza seperti The Mile (1.6km), The Half (800m) dan Short Track (litar pendek).

Sepanjang era tersebut, Dick Mann dan Kenny Roberts ialah antara pelumba legenda Amerika Syarikat (AS) yang menggegarkan dunia perlumbaan negara itu. Malah, kegilaan Mann dan Roberts terhadap jentera lumba membuatkan mereka mahu menunggang motosikal lumba sendiri di jalanan. Caranya, mengubah suai kepada motosikal versi sah ditunggang atas jalan raya biasa.

Antara modifikasi dilakukan adalah menambah lampu, cermin sisi, hon, brek depan dan memasang suis penghidup enjin (motosikal lumba dihidupkan secara menolak atau ‘bump-start’). Hasilnya – street tracker! Seperti dijangka, jentera dibikin dua legenda itu menjadi fenomena dalam kalangan peminat motosikal pada masa itu untuk turut sama memiliki street tracker sendiri.

PENGELUARAN STREET TRACKER

Harley-Davidson XR1000 Street Tracker dengan pengaruh XR750.

Tidak semua pengeluar turut serta dalam pembangunan dan pengeluaran motosikal segmen street tracker. Setidak-tidaknya, Harley-Davidson mencuba menerusi XR1000, sebagai tribut kepada jentera lumba XR750. Bagaimanapun street tracker Harley itu agak mahal dan tidak laku di pasaran. Harley kemudian terus mencuba dengan memasarkan XR1200, tetapi pengeluaran model itu cuma mampu bertahan sekitar empat tahun antara2009 dan 2013.

Jenama Triumph pada 2012 dilaporkan memohon tanda dagang atau trademark untuk ‘Street Tracker’. Jadi, model street tracker versi kilang buatan pengeluar Britain itu kini dikatakan sedang dalam pembangunan. Namun, tindakan itu dilihat sebagai cubaan pengeluar mengambil kesempatan atas trend dunia kustom motosikal, iaitu menamakan sesuatu jentera dengan nama umum bagi sesuatu genre, sama seperti Ducati menggunakan istilah Streetfighter dan Scrambler.

STREET TRACKER KUSTOM

Street tracker asalnya mempunyai set bar lebar untuk disesuaikan dengan tunggangan atas trek rata. Street tracker secara tipikal juga nampak lebih menarik dengan tangki bersaiz kecil. Contoh terbaik rekaan tangki kecil street tracker  dapat dilihat pada Harley-Davidson XR750.

Tangki itu kelihatan menarik jika dipadankan bersama pelana yang ramping. Fender belakang pula minimal, sekadar menutup lampu belakang, dan material digunakan daripada gentian kaca. Street tracker biasanya dilengkapi rim 19-inci untuk tayar depan dan belakang dengan rim jejari menjadi pilihan yang bertujuan mengurangkan berat motosikal. Namun rim tuang (cast rim) juga boleh digunakan.

Sebaik saja modifikasi selesai, sesetengah pembina melengkapkan street tracker dengan nombor plat dan juga gad fork. Model street tracker yang biasa dilihat ialah Yamaha XS650, pelbagai model Triumph seperti T100 dan Harley Davidson Sportster.

 MULE: RAJA STREET TRACKER

Street tracker rekaan Mule Motorcycle yang dibikin berasaskan jentera Harley-Davidson.

Pemilik bernama Richard Pollock dari Mule Motorcycles ialah juara bertahan street tracker kustom. Bapanya ialah jurutera elektrik di Cape Canaveral. Menurut Pollock, bapanya seakan pemeriksa aeroangkasa yang mampu memeriksa dan menjadikan sesebuah motosikal lebih baik.

Secara jujurnya, kerja tangan Pollock setaraf kualiti jentera milik pelumba Indy. Beroperasi di bengkel di San Diego, California, Pollock terkenal sebagai mekanik pembina yang mampu mengubah suai jentera dengan memenuhi nilai estetika street tracker sebenar tanpa mengabaikan fungsi sebenar komponen asal motosikal berkenaan.

SIDEBURN, DIRT QUAKE, DAN KEBANGKITAN SEMULA TREK RATA


Sideburn, yang berpangkalan di Britain, ialah majalah popular yang mewarnai dunia perlumbaan trek rata (flat track) dan budaya sekitar. Sideburn sendiri mengakui majalah mereka sebagai:

Majalah seni dunia, paling glamor, paling warna-warni, paling informatif, dan ada tarikan global pantas. Inilah satu-satunya majalah aktivis sukan pantas di dunia. Tempat di mana setiap hujung minggu ialah hujung minggu yang kotor.”

Sideburn mencipta dan menganjurkan acara dinamakan Dirt Quake. Setiap penunggang biasa boleh membawa motosikal sendiri untuk berlumba di trek rata. Perlumbaan ini terdiri daripada pelbagai kelas seperti IRB (Inappropriate Road Bike), Street Trackers, Choppers, Ladies, dan Harley, serta Snowmobile. Pertandingan terbuka ini mendapat sambutan menggalakkan, dan kini menjadi acara perlumbaan berstatus antarabangsa.

Kebangkitan semula minat pada trek kotor (litar tanah) dapat dilihat pada acara perlumbaan AMA Pro Flat Track yang turut diselit ke dalam pertandingan X Games di Austin, Texas pada 2015. Tanpa sebarang kesangsian, perlumbaan trek rata dan tanah ini memang sedang meningkat naik.

SUMBER: BikeBound

autotainment motosikal Mule Motorcycles roda2 street tracker tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.