Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Sistem Beg Udara Kenderaan Ada Tarikh Luput?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Sistem Beg Udara Kenderaan Ada Tarikh Luput?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBANYAKAN kenderaan baharu kini dilengkapi beg udara sebagai salah satu ciri keselamatan standard untuk mengurangkan kecederaan dan menyelamatkan pemandu atau penumpang jika terlibat dalam kemalangan.

Secara teknikal, beg udara berfungsi menggunakan sejenis bahan kimia sebagai medium mengembang (inflator) dengan ammonium nitrat atau serbuk kimia lain sebagai pemicu. Gas ini akan mengembang dengan pantas ketika haba terhasil disebabkan inflator.

Susulan sistem itu menggunakan gas untuk mengembang beg udara, timbul satu persoalan iaitu adakah beg udara ada tarikh luput?

Portal Kompas melaporkan Ketua Bengkel Astra Peugeot di Sunter (Jakarta Utara), Rafi’i Sinurat mendedahkan beg udara secara asasnya ada tarikh luput tetapi boleh bertahan selama bertahun-tahun jika ia belum pernah digunakan.

Beliau berkata:

Jika kamu melihat pada regulasi sedia ada di Peugeot, tarikh luput beg udara untuk semua varian Peugeot ialah sekitar 10 tahun.”

“Meskipun lepas tempoh itu (hayat 10 tahun) dan keadaan beg udara masih baik, komponen itu masih boleh berfungsi sekiranya diperlukan.”

Rafi’i menjelaskan tarikh luput atau tempoh servis hayat itu wujud kerana pengeluar beg udara menggunakan bahan ammonium nitrat sebagai pemicu untuk belon (beg) mengembang.

Selepas beberapa tempoh, mungkin berlaku kemerosotan terhadap bahan kimia tersebut yang akan menjejaskan keupayaan dan kualiti gas sewaktu mengembang.

Walaupun ciri keselamatan yang direka pengeluar masing-masing dikatakan tidak mudah rosak dalam tempoh panjang tetapi satu perkara yang perlu kita sedar ialah ammonium nitrat boleh merosot dalam tempoh lama.

Rafi’i berkata:

Terutamanya jika ia diletakkan di kawasa iklim tropika dan mempunyai kadar kelembapan tinggi seperti di Indonesia, di mana bahan ini boleh terurai lebih cepat berbanding di kawasan iklim sejuk dan kering.”

“Tapi apa yang perlu pemilik kenderaan ambil tahu ialah beg udara adalah ciri tambahan atau Supplemental Resistant System (SRS), dan kamu tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada peranti ini (beg udara). Pemandu dan penumpang perlu terus menggunakan tali pinggang keselamatan.”

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kemalangan 60kmj Tanpa Tali Keledar Ibarat Jatuh Bangunan 12 Tingkat!

SUMBER: Kompas

 

ammonium nitrat autoterkini bagaimana beg udara berfungsi beg udara Beg Udara SRS Roda4 TahukahAnda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.