Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Ramai Pemilik Honda BeAT Tidak Tahu Fungsi ‘Kotak Hitam’ Skuter
Autotainment

#TahukahAnda: Ramai Pemilik Honda BeAT Tidak Tahu Fungsi ‘Kotak Hitam’ Skuter

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemilik Honda BeAT mungkin tidak sedar kewujudan satu kotak berwarna hitam yang dipasang pada hab roda belakang berdekatan sistem transmisi automatik CVT skuter tersebut (lihat bulatan di atas).

Apakah fungsi kotak hitam tersebut?

Kotak hitam yang dipasang di belakang absorber belakang sebelah kiri itu mengandungi sensor halaju untuk mengukur putaran gandar yang memusingkan roda belakang.

Maklumat halaju itu kemudian akan dihantar ke spidometer. Kotak hitam itu dipasang untuk melindungi komponen sensor daripada terkena percikan air dan kotoran.

Bagaimanapun, sebelum maklumat itu dipaparkan pada spidometer, input tersebut perlu melalui Modul Kawalan Elektronik (ECM) skuter. Ini kerana enjin dan keseluruhan sistem elektrik skuter juga memerlukan data yang dibekalkan komponen sama.

Jika berlaku kerosakan, Lampu Indikator Kerosakan (MIL) atau Engine Check akan menyala pada panel meter dan spidometer tidak akan dipamerkan.

Selain itu, ciri indikator ECO juga terpadam. Sensor itu turut membekalkan maklumat mengenai halaju putaran ketika skuter dalam keadaan lahu (Sistem ISS).

Honda ADV 150
Honda Vario 150

Jika diperhatikan, kebanyakan skuter transmisi automatik Honda didatangkan dengan sensor haljau pada bahagian roda belakang. Selain BeAT, Honda PCX, Vario dan Genio juga dilengkapi kotak hitam sama.

SUMBER: GridOto

autotainment Honda BeAT roda2 Sensor Halaju Skuter Honda Sensor Kelajuan skuter Skuter Honda tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.