Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
Autotainment

#TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja

ArifBy Arif27/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 15 tahun lalu, siapa menyangka Proton akan mengeluarkan model edisi terhad yang hanya ada 25 unit di Malaysia. Ketika itu Proton R3 masih di bawah jagaan Prince of Drift Malaysia, Tengku Djan Ley.

Bagaimanapun Proton Satria Neo R3 Clubsport dihasilkan dalam jumlah cukup terhad, hanya 25 unit, dan pemilik yang membeli kereta tersebut diwajibkan mengambil bahagian dalam siri perlumbaan one-make Neo R3 Clubsport dengan beberapa penambahan kos tertentu.

BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!
BACA >>> Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan

Satria Neo R3 Clubsport dibina berasaskan Satria Neo versi 1.6L transmisi manual dengan enjin 4-silinder Campro 1.6L S4PH. Enjin itu menghamburkan kuasa lebih rendah, hanya 110hp dan tork 148Nm berbanding barisan varian tertinggi yang lebih baharu dan dikemas kini, serta turut dilengkapi enjin Campro CPS berkuasa 125hp dan tork 150Nm.

Bagaimanapun, enjin asas S4PH Campro sebenarnya lebih mudah diubah suai berbanding versi CPS walaupun output kuasa enjin versi stok kilang itu lebih rendah.

Pasukan R3 menukar aci sesondol (camshaft) asal dan membuat pengubahsuaian ringkas pada sistem masukan udara, dan ekzos, serta menala semula kotak komputer enjin. Ini menjadikan kuasa asal enjin 110hp dilonjakkan kepada 137hp.

Model ini turut dilengkapkan set suspensi boleh laras R3 yang bukan saja memberikan profil stance lebih cantik, tetapi menghasilkan pengendalian lebih baik.

Walaupun kuasa kuda mungkin agak rendah berbanding model prestasi jenama automotif lain, tetapi menerusi pelbagai cara pengurangan berat dilakukan pasukan R3, Satria Neo R3 Clubsport mampu mendapat berat 1,050kg sahaja. Berat ini bersamaan 109kg lebih rendah daripada Satria Neo biasa.

Selain mengurangkan berat badan dan mengemas kini enjin, Proton Neo R3 Clubsport turut dilengkapi sangkar oleng (roll cage) 6-poin yang diiktiraf Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) supaya dapat berfungsi baik dalam trek.

Proton Neo Clubsport juga mendapat sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melayakkan model ini dijual sebagai produk massa dengan nombor pendaftaran dan cukai jalan. Malah, sangkar oleng digunakan juga sah digunakan atas jalan raya biasa.

Bahagian luaran  Proton Satria Neo R3 Clubsport hanya nampak sederhana dengan hanya sedikit perubahan tertentu supaya tampil berbeza daripada Satria Neo biasa. Namun model itu masih mendapat sentuhan istimewa R3 seperti skirt bawah bampar depan dan spoiler bumbung R3 dengan rekaan sayap bersudut agresif.

Selain itu, Proton Satria Neo R3 Clubsport turut mendapat ciri kereta lumba sebenar seperti pin bonet pada bonet depan, cangkuk tunda pada bampar depan, suis pemati pada penutup kowl depan untuk memutuskan bekalan elektrik jika terlibat dalam kemalangan, sepasang klip pada pintu but, lencana khas R3, grafik Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan rim aloi 15 inci R3 dengan tayar Bridgestone Potenza RE001.

Ruang kabin tanpa kemasan karpet dan sangkar oleng digabungkan dengan set kerusi lumba buket Recaro TS-G yang lengkap bersama tali keledar lumba Sparco.

Stereng asal dengan beg udara digantikan unit stereng Momo Tuner dengan hab rilis pantas (quick release) Boss Kit dan kemasan lain seperti suis pemati tambahan menggantikan unit audio asal, dan plat model R3.

Secara keseluruhan, pengubahsuaian diberikan R3 kepada Proton Satria Neo R3 Clubsport adalah bernilai RM29,000 yang menjadikan harga keseluruhan kereta tersebut mencecah RM75,000. Inilah harga yang sangat berpatutan untuk kereta lumba buatan khas dari kilang.

Walaupun ramai tidak tahu kewujudan model tersebut, tetapi ketahuilah model prestasi itu pernah dibangunkan menerusi divisyeb lumba rasmi, Proton R3. Adakah anda rasa R3 akan membuat comeback seperti zaman kegemilangan sebelum ini?

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!
BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional ‘Rahmah’

SUMBER: SatriaNeoClub | Fustasticko

Auto Terkini Proton proton satria Proton Satria Neo Proton Satria Neo R3 Clubsport Roda4 Tengku Djan Ley
Arif

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.